Kemaskini Maklumat Ahli
Ahli berdaftar boleh mengemaskini maklumat diri, ahli keluarga dan bayaran khairat
TABUNG KHAIRAT MASJID NURUL HIDAYAH @MASJID AIRPORT
KARIAH KG. PULAU SAMAK, BATU BERENDAM, MELAKA
MUKADDIMAH
Tabung Khairat Biro Pengurusan Khairat, Masjid Nurul Hidayah adalah sebuah tabung yang diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada para jemaah kariah Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka untuk bersama-sama berkongsi dan menyumbang di bawah konsep ‘Tabarruq’ atau Perkongsian. Infaq dan sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam TABUNG DANA KHAIRAT Masjid Nurul Hidayah untuk dimanfaatkan kepada para peserta dan anggota keluarganya yang layak dan berdaftar.
1.0 RASIONAL PENUBUHAN TABUNG DANA KHAIRAT
Penubuhan Tabung ini merupakan satu inisiatif pihak pengurusan masjid menganjurkan sistem Pengurusan Kewangan Secara Takaful bagi membantu ahli kariah yang kurang berkemampuan menguruskan kematian ahli kelauarga secara percuma di masjid. Secara tidak langsung, semangat tolong-menolong dan bantu membantu antara anak-anak kariah akan dapat diterjemahkan melalui sistem ini. Ini berikutan kos pengurusan jenazah masa kini yang agak tinggi.
2.0 SYARAT PENYERTAAN DAN CARA MEMOHON
Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat yang tinggal di kariah Pulau Samak, Batu Berendam dan juga luar kariah berhampiran di negeri Melaka. Mereka yang ingin menyertai tabungan ini perlu:
2.1 Melengkapkan Borang Penyertaan Tabung Dana Khairat Masjid Nurul Hidayah dan ia perlu diserahkan kepada AJK bersama dengan wang sumbangan penyertaan tabung khairat ini atau mendaftar melalui capaian atas talian https://www.e-khairat.com/nurulhidayah
2.2 Bayaran boleh dibuat secara tunai atau online banking
Bank Islam 04042010002399 dengan nota: tabung khairat
2.3 Sila hantar resit bayaran Online banking (Whatsapp) ke nombor hp 019-225 5858 atau email ke nurulhidayah@e-khairat.com
3.0 CARUMAN PENYERTAAN
3.1 Caruman berjumlah RM50.00 setahun (tempoh bermula 1 JANUARI dan berakhir 31 DISEMBER) setiap tahun. Ia hanya merangkumi semua ahli keluarga yang tinggal bersama secara tetap termasuk ibubapa di alamat rumah yang didaftarkan.
3.2 Penyertaan ini TERHAD kepada lima(5) orang ahli keluarga (peserta dikecualikan) sahaja. Setiap tambahan ahli keluarga sedikit tambahan diperlukan iaitu RM5.00 bagi setiap tambahan ahli.
3.3 Sekiranya ahli keluarga/ anak yang telah berkahwin (berkeluarga sendiri) hendaklah mendaftar secara berasingan..
3.4 Sekiranya berlaku kematian pada ahli keluarga yang tidak tinggal secara tetap dikariah ini, perbincangan bersama pihak Jawatankuasa masjid perlulah dilakukan untuk menetapkan tambahan caj yang akan dikenakan.
3.5 Sekiranya juga jika berlaku kematian peserta sendiri, maka ahli keluarga dibawah tanggungan perlu membuat pendaftaran baru untuk mendapatkan manfaat seperti yang disediakan.
3.6 Caruman boleh dibayar secara tunai atau 'online' dan perlu dikemukakan bersama-sama dengan borang penyertaan.
3.7 Semua permohonan penyertaan perlu dikemukakan sebelum tempoh berkuatkuasa tabung khairat ini. Sekiranya penyertaan diterima pada pertengahan tempoh yang tersebut di atas, yuran penyertaan perlu dibayar secara penuh dan bukannya secara prorata.
3.8 Untuk memudahkan rekod simpanan dan pengurusan data pihak Jawatankuasa, tarikh mula penyertaan adalah dikira berdasarkan tarikh mendaftar dan tamat pada 31 Disember tahun semasa.
4.0 MANFAAT PENYERTAAN
4.1 Dana Khairat berkonsepkan Tabarruq (menyumbang dengan rela atau menyediakan khidmat bakti secara ikhlas) dan Takaful (suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama). Kaedah ini memberi semua ahli mendapat Pahala yang besar kerana menguruskan Jenazah sebagai satu tuntutan syarak (Fardhu Kifayah).
4.2 Sekiranya peserta meninggal dunia, pihak masjid akan menguruskan jenazah yang meliputi skop yang berikut:
a. Pengurusan Jenazah ahli berdaftar adalah percuma keseluruhannya jika diuruskan di Masjid Nurul Hidayah,
b. Penggunaan Van Jenazah secara percuma terhad dalam kawasan kariah ke tanah perkuburan sahaja bagi ahli berdaftar.
c. Penggunaan Van Jenazah Masjid dari Hospital Melaka ke Tanah Perkuburan adalah percuma bagi ahli berdaftar,
d. Jenazah ahli berdaftar yang diuruskan di hospital dan dikebumikan dalam kariah, kos tanah perkuburan, papan lahad, talkin, van jenazah ditanggung oleh Tabung Dana Khairat (Jadual 1).
e. Jenazah ahli berdaftar yang tidak dikebumikan dalam kariah, tetapi diuruskan jenazah di Masjid Nurul Hidayah semua kos ditangguh oleh TDKNH kecuali kenderaan Van Jenazah dan Pemandu.
f. Jenazah ahli berdaftar yang meninggal dan dikebumikan di luar kariah, TDKNH akan menyumbang RM400.
4.3 Sekiranya tiada tuntutan dibuat pada tahun semasa, Dana Tabungan akan digunakan untuk pembangunan umat Islam atau digunakan untuk pengurusan Jenazah dalam kawasan kariah Pulau Samak, Batu Berendam sahaja.
4.4 Wang Tabung Dana yang tidak dituntut adalah wang wakaf masjid dan boleh digunakan bagi tujuan pembangunan lain yang difikirkan sesuai bagi masjid.
5.0 TUNTUTAN
Borang tuntutan perlu dikemukakan kepada Biro Pengurusan Khairat, Masjid Nurul Hidayah bersama dengan sijil kematian yang disahkan.
Borang tuntutan boleh diperolehi daripada AJK atau urusetia yang dilantik (seperti di bawah):
. Hj. Mansor bin Kasim (Pengerusi Masjid) 019- 656 3336
. Hj. Nizam bin Abu Talib (Setiausaha) 012- 694 5245
. Ahamd Tarmizi bin Abdul Hadi (Imam1) 019-688 3797
. Hj. Sa'ad bin Abdullah (Urusetia) 019-225 5858
|
Ahli berdaftar boleh mengemaskini maklumat diri, ahli keluarga dan bayaran khairat