BIRO KHAIRAT KEMATIAN MASJID KG DATO AHMAD RAZALI
1) TUJUAN- Untuk menyempurnakan keperluan tuntutan Fardhu Kifayah setempat meliputi
semua anak kariah.
- Mementingkan hidup bermasyarakat dengan mengutamakan anak kariah yang
berdaftar serta merupakan jemaah Masjid Al-ilmi, Kg Dato Haji Ahmad Razali
- Menyediakan satu persekitaran yang lebih mesra kejiranan dengan semangat
musyawarah dan kerjasama.
- Menanggung kos urusan pengkebumian, semoga dapat meringankan bebanan
keluarga Ahli.
- Mewujudkan pengurusan yang profesional agar kebajikan Ahli Khairat dapat
dititik beratkan apabila berlaku kematian kepada Ahli atau kepada tanggungan
Ahli.
2) KEAHLIAN - Penduduk tetap dan pemastautin kariah Masjid Al-ilmi KDAR, Dengkil.
- Berumur 18 tahun dan ke
atas.
- Keahlian memadai untuk ketua keluarga di dalam satu rumah. Tanggungan
ketua keluarga adalah:
- Isteri (jika suami ahli) atau suami (jika isteri ahli)
- Bapa atau ibu (di bawah tanggungan ketua keluarga dan
duduk serumah, termasuk bapa dan ibu mentua) yang tiada punca pendapatan dan tiada tanggungan lain.
- Anak
lelaki di bawah tanggungan bapa/ibu yang berumur di bawah 21 tahun (Jika tidak
bekerja) atau di bawah 25 tahun jika masih menuntut.
- Anak
tanggungan berkelainan upaya (OKU) yang tidak bekerja.
- Anak
tanggungan perempuan yang belum berkahwin dan tidak bekerja. di bawah tanggungan bapa/ibu yang berumur di bawah 21 tahun (Jika tidak bekerja) atau di bawah 25 tahun jika masih menuntut.
- Apabila ketua
keluarga meninggal dunia, isteri atau anak yang belum menjadi ahli boleh
menggantikan keahlian ketua keluarga. Waris simati, bagaimanapun perlu
memaklumkan kepada wakil kawasan atau AJK Badan Khairat Masjid Al-ilmi.
- Ahli yang telah tidak
menjadi ahli kariah Masjid Al-ilmi adalah gugur keahlian dalam badan ini.
3) SUMBANGAN / YURAN AHLI - Yuran pendaftaran ahli baru adalah RM20 sekali sahaja (Ringgit
Malaysia: Dua puluh sahaja) manakala yuran tahunan khairat kematian ialah RM40.00
(Ringgit Malaysia: empat puluh sahaja).
- Yuran hendaklah dibayar melalui sistem khairat Masjid Al-ilmi:
- Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dari bulan Januari hingga Mac setiap tahun.
- Yuran yang telah dijelaskan akan menerima resit bayaran
daripada sistem khairat.
- Ahli yang gagal membayar yuran tiga tahun
berturut-turut, keahlianya akan digugurkan. Sekiranya, dia atau ahli di
dalam tanggunganya memohon untuk menjadi ahli semula, tunggakan yuran tiga
tahun perlu dijelaskan dahulu sebelum keahlianya diterima semula.
- Perubahan kadar yuran tahunan hendak mendapat kelulusan
Mesyuarat Agong Masjid Al-ilmi, KDAR Dengkil.
|