1. OBJEKTIF - Mengalakkan para jemaah dan anak kariah Alam Sari (AS) memberi infak dan sumbangan secara tahunan atau sekali (one-off) demi manfaat dan kepentingan bersama atas semangat ukhwah, bantu-membantu dan persaudaraan sesama Islam.
- Menguruskan jenazah Ahli Khairat Alam Sari secara komprehensif dengan kerjasama AJK dan sukarelawan bagi meringankan beban waris mengikut tatacara dan prosedur sedia ada.
- Setiap jemaah yang menyertai Khairat akan di daftarkan sebagai Anak Kariah Surau Al-Amin secara automatik.
2. DEFINISI DAN TERMA
- AHLI KETUA
-Keluarga (Suami atau Isteri) atau Perseorangan yang berdaftar sebagai AHLI BIASA atau AHLI SEUMUR HIDUP dan menetap di Alam Sari (AS).
- PENAMA
- Tanggungan/Waris (Suami atau Isteri, Anak bujang, Ibubapa kandung dan Mertua yang tinggal serumah bersama AHLI ) dan berdaftar di bawah AHLI. - Tidak termasuk anak yang berkahwin dan saudara/keluarga terdekat yang menetap di Alam Sari.
- AHLI BIASA
- Jemaah atau anak kariah Alam Sari yang berdaftar dan memilih untuk sumbangan secara Tahunan - RM 50 setahun beserta RM 100 yuran pendaftaran (one-off) – Ahli Baru - RM 50 setahun –Ahli sedia ada yang aktif
- AHLI SEUMUR HIDUP
- Jemaah atau anak kariah Alam Sari yang berdaftar dan memilih untuk sumbangan secara one-off; - RM 900 beserta RM 100 yuran pendaftaran(one-off) – Ahli Baru. - RM 900 - naik taraf ahli biasa yand sedia ada dan masih aktif
- BUKAN AHLI
- Jemaah luar atau anak kariah Alam Sari yang TIDAK berdaftar di bawah Khairat AS atau keahlian telah luput. 3. TEMPOH PERLINDUNGAN
- Tempoh perlindungan bermula dari 1-JANUARI dan berakhir pada 31-DISEMBER setiap tahun.
- Keahlian akan gugur jika ahli gagal membayar yuran tahunan selama 2 TAHUN berturut-turut.
- Akaun ini adalah akaun Tabarru’. Sumbangan yang diterima adalah milik Khairat Surau Al Amin, Alam Sari dan tidak akan dikembalikan kepada ahli/waris.
4. PENDAFTARAN, PEMBAYARAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT
- Tatacara pendaftaran ahli, pembayaran Yuran dan kemaskini maklumat boleh didapati dan dilakukan secara ONLINE melalui aplikasi e-khairat. Maklumat Akaun Khairat seperti tertera;
- Infaq Khairat dan Kebajikan Surau Al-Amin (BANK ISLAM) - 1202-901007-9595
5. MANFAAT AHLI KHAIRAT - AHLI BIASA
- Urusan Jenazah : Kos Ditanggung Sepenuhnya - Saguhati : RM 1000 @ RM 1500 (Urusan Jenazah & Kebumi tidak diuruskan di AS)
- AHLI SEUMUR HIDUP
- Urusan Jenazah : Kos Ditanggung Sepenuhnya - Saguhati : RM 1000 & Pengecualian keahlian WARIS selama 5 tahun @ RM 1500 (Urusan Jenazah & Kebumi tidak diuruskan di AS)
- PENAMA (WARIS) BERDAFTAR
- Urusan Jenazah : Kos Ditanggung SepenuhnyaRM 300 & *Kebajikan WARIS - (*Atas budi bicara Pihak Surau dan AJK Khairat AS. Tertakluk kepada terma dan syarat)
- Waris kepada Jenazah yang BUKAN AHLI perlu membayar sepenuhnya khidmat pengurusan jenazah seperti Para 7.0 - Jadual Kos Perbelanjaan Urusan Jenazah.
- Selain itu, AHLI juga layak mendapat wang bantuan kebajikan seperti jadual di bawah tertakluk kepada budibicara AJK Khairat & Pengurusan Jenazah Alam Sarii.
- Bantuan Kebajikan (Khairat Waris Sumbangan Ahli) ;
- Haji (one-off): RM300
- Kemalangan & sakit (warded): RM200
- Bencana alam / kebakaran / banjir / ribut: RM100
- Hilang upaya / kecacatan kekal: RM200
- Had maksimum: RM1000 setahun (hanya untuk ahli, tertakluk kepada budi bicara AJK Khairat)
6. KOS PERBELANJAAN URUSAN JENAZAH
- Saguhati mandi & kafan : RM150.00
- Kelengkapan mandi & kafan : RM250.00
- Pendaftaran lot tanah kubur* + Pengebumian malam : RM600.00 / RM630.00
- Kepok Kubur Sg Tangkas* : RM200.00
- Tabung Tapak Perkuburan* : RM100.00
- Saguhati Imam Solat Jenazah : RM50.00
- Saguhati Imam Bacaan Talkin : RM100.00
- Saguhati Van Jenazah (Lembah Klang) : RM100.00
- Saguhati Pemandu Van Jenazah : RM100.00
- Saguhati Penggali Kubur : RM100.00
- Jumlah keseluruhan = RM1750.00 – RM1780.00 (malam)
* Kos ditetapkan oleh pihak Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi. ** Kos penghantaran di luar Lembah Klang akan diberitahu pada hari kejadian.
7. CARTA ALIR PENGURUSAN JENAZAH Sila rujuk carta alir Pengurusan Jenazah yang disediakan di laman web atau hubungi unit Khairat Surau Al‑Amin Alam Sari untuk maklumat lanjut.
Tarikh Kemaskini : 5 Disember 2024 SURAU AL‑AMIN ALAM SARI, KAJANG |