91_profile

Pendaftaran Ahli Qaryah DAFTAR
Kemaskini Maklumat Ahli SIGN IN

Pengumuman



Soalan Lazim

1. Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai ahli kariah Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam ?
Anda boleh klik pautan pendaftaran ahli dan mengisi maklumat anda. Kelulusan permohonan sebagai ahli akan dimaklumkan melalui emel dalam 1-3 hari bekerja.
2. Bagaimana cara untuk menjadi peserta khairat di Masjid Taman Alam Jaya Puncak Alam ?
Ahli WAJIB mendaftar sebagai ahli Kariah terlebih dahulu. Ahli yang telah mendaftar layak untuk menerima bantuan Khairat secara PERCUMA setelah tempoh keahlian matang selepas 3 bulan dari tarikh mendaftar sebagai ahli.
3. Adakah saya boleh menjelaskan bayaran melalui sistem Keahlian ini?
Ya. Senarai bayaran 'Belum Selesai' akan dipaparkan selepas carian ahli dilakukan. Klik 'Bayar Sekarang' untuk membuat bayara secara FPX. Status bayaran akan dikemaskini serta merta selepas transaksi bayaran berjaya. SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMBUAT BAYARAN AHLI SELEPAS 3 HARI DARI TARIKH MENDAFTAR MAKA PENDAFTARAN ANDA AKAN DIPADAM DAN ANDA PERLU MENDAFTAR SEMULA.
4. Bagaimana cara untuk membuat semakan status keahlian ?
Klik pada pautan semakan dan masukkan nombor MyKad anda. Perincian status ahli akan dipaparkan sekiranya rekod carian wujud. Jika tiada, bermaksud anda belum berdaftar sebagai ahli.
5. Adakah saya boleh mendaftar ibu/bapa yang berada di kampung sebagai tanggungan saya?
TIDAK! Anda hanya boleh daftarkan ibu/bapa yang tinggal bersama anda melebihi 3 bulan.
6. Adakah saya boleh daftarkan anak saya yang telah berkahwin dan tinggal bersama saya sebagai tanggungan?
TIDAK! Anak yang telah berkahwin dan tinggal serumah perlu mendaftar berasingan kerana mereka telah puyai keluarga sendiri.
7. Adakah pendaftaran saya boleh dibatalkan sekiranya bayaran yuran pendaftaran lambat di jelaskan/bayar?
Ya, Anda diberikan ruang masa selama 3 hari (72 jam) dari tarikh mendaftar untuk menjelaskan/bayar yuran pendaf taran sebanyak RM10 sekali seumur hidup. Jika selepas 3 hari (72 jam) TIADA bayaran dibuat, MAKA pendaftaran keahlian anda akan DIPADAM/TERGANTUNG dari sistem.
8. Bolehkah saya mendaftar semula selepas pendaftaran pertama dipadam dari sistem kerana lewat membayar yuran?
Ya, anda masih boleh mendaftar semula dan diberikan tempoh yang sama selama 3 hari (72 jam) untuk menjelaskan/bayar yuran pendaftaran. Tindakan yang sama akan dikenakan sekiranya anda masih lambat membayar didalam tempoh yang telah di tetapkan.
9. Saya tiada internet banking, bagaimana saya perlu membayar yuran pendaftaran?
Didalam situasi sebegini, Anda boleh terus menghubungi Admin melalui Whatsapp (018-2900937) untuk bantuan.
11. Sekiranya ketua keluarga yang mendaftar sebagai Ahli e-Qaryah telah meninggal dunia, apa akan terjadi dengan keahlian tersebut, perlukah waris mendaftar semula atau kekal dengan pendaftaran asal?
Sekiranya Ketua Keluarga yang mendaftar Ahli e-Qaryah telah meninggal dunia maka secara automatik no keahlian tersebut TERBATAL. Oleh yang demikian salah seorang waris perlu MENDAFTAR SEMULA dengan membuat bayaran yuran RM10 . Kemudian kemaskini pendaftaran dan masukkan tanggungan.