SYARAT & POLISI

KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN
  1. TUJUAN
    Mewujudkan Badan Kerjasama Khairat dikalangan kariah dengan menyumbang wang ke Tabung Khairat
    dan menyediakan segala keperluan urusan jenazah bila berlaku kematian dikalangan kariah didalam
    Kawasan. 

  2. KEAHLIAN 
    Terbuka kepada semua penduduk Islam yang berumur 18 tahun keatas dan bermastautin didalam kariah
    Kota Warisan dan Taman-taman yang berhampiran. Anak berumur 23 tahun dan keatas yang masih
    bujang dan ibu-bapa yang tinggal bersama adalah Ahli Tanggungan yang perlu membuat bayaran
    berasingan. Keterangan terperinci, sila rujuk Carta Bayaran. Tempuh matang bagi ahli baru untuk mendapat faedah kematian ialah 90 hari. 

  3. YURAN
    Wang Pendaftaran & Tabung Pusingan – RM30.00 (sekali sahaja)
    Yuran Tahunan – RM20.00 (bayar di Bulan Jan – Mac setiap tahun)
    Boleh bayar lebih tetapi dalam gandaan RM20 bersama Ahli Tanggungan 

  4. FAEDAH KEMATIAN
    Ahli TIDAK dikenakan bayaran Pengurusan Jenazah jika diurus & di semadikan di dalam kawasan kariah
    iaitu penggunaan Van Jenazah dalam lingkungan 20 Km., mandi, kafan, solat dan pengebumian.
    Jika dibuat diluar kawasan kariah, maka Sumbangan diberi sebanyak RM500.00. BUKAN AHLI dikenakan bayaran Urusan Jenazah RM1,600 – RM2,500. 

  5. BANK & NO AKAUN 
    Segala bayaran hendaklah dibayar kepada Khairat Kematian Surau Al-Hijrah
    Di Bank : AFFIN ISLAMIK (Cawangan Kota Warisan) No. Akaun : 1066 2000 1969 

  6. PERTANYAAN & KETERANGAN LANJUT
    Hotline Khairat Kematian - 016-3101246 (Whatsapp/massage saja)
    Pengerusi Khairat Kematian - 01128810413 (Imam Hafidz)
    Setiausaha Khairat Kematian – 010-5140747 (Zulkarnain)
    Bendahari Khairat Kematian - 016-6607204 (Haji Abu Bakar)

    Email : khairatkematiankw@gmail.com 

Sekian, terima kasih
PENTADBIR