SYARAT & POLISI

BADAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-ITTIFAQIAH TAMAN KAJANG IMPIAN BANGI

PENGENALAN

Badan Khairat Kematian Al-Ittifaqiah (BKK – Al-Ittifaqiah) berkonsepkan Tabarru’ & membantu ahli qariah yang berdaftar dalam urusan kematian. Semua kutipan akan diletakkan di bawah satu akaun khas. BKK-TKI berfungsi di bawah Biro Kebajikan Surau Al-Ittifaqiah. Sila rujuk lampiran

SYARAT KEAHLIAN
  • Islam & Warganegara
  • Menetap / menyewa di Taman Kajang Impian
  • Suami/isteri & anak
  • Ibu bapa & ahli keluarga lain seperti adik beradik, anak saudara dan sebagainya yang menetap bersama perlu kemuka permohonan berasingan
  • Mereka yang mempunyai lebih daripada satu isteri perlu mengemukakan permohonan berasingan.
YURAN PENDAFTARAN
RM 10.00 untuk pendaftaran dan RM 50.00 setahun untuk yuran keahlian bagi satu keluarga. Tarikh mula kuatkuasa adalah dari tarikh permohonan didaftarkan hingga berakhir tahun kalendar.

PINDAAN DAN PERUBAHAN
Syarat-syarat dan peraturan BKK-TKI tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa  yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa. Sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan atau di luar kemampuan, ahli akan dimaklumkan.

MANFAAT AHLI (BANTUAN KEMATIAN)
  • Dewasa ( 12 tahun ke atas ) – RM1500.00
  • Kanak-kanak ( 7- 12 tahun ) – RM1,000
  • Kanak-Kanak ( Baru lahir - 6 tahun ) - RM700.00
  • Kematian anak dalam kandungan ( 4 bulan ke atas ) - Kos pengurusan jenazah
  • Bagi kematian serentak atau dalam tahun yang sama, sumbangan adalah untuk jenazah yang pertama sahaja dan sumbangan untuk jenazah seterusnya adalah kos pengurusan jenazah sahaja. Jika jenazah dikebumikan di luar kawasan qariah, kos pengangkutan dan lain-lain jika melebihi daripada sumbangan yang ditetapkan akan ditanggung oleh waris.
  • Penyediaan makanan untuk 30 Pax ( Waris) – Hari kematian
  • Pihak surau akan mengadakan tahlil pada hari kematian (Malam).
  • Sila serah dokumen kematian untuk urusan pentadbiran

Sekian, terima kasih
PENTADBIR