SYARAT & POLISI

BADAN KHAIRAT KEMATIAN JENDERAM
HULU (BKKJH)


Penyertaan menjadi Ahli Badan Khairat Kematian Jenderam Hulu terbuka kepada
semua ahli kariah masjid. Senarai ahli boleh disemak melalui Jawatankuasa Badan
Khairat Kematian yang telah dilantik atau melalui laman web https://www.e-khairat.com/alridha/home.

TERMA DAN SYARAT.

1. Yuran
pendaftaran keahlian baru adalah sebanyak RM100.00 (bayaran sekali
sahaja).

2. Keahlian akan
tamat pada 31 Disember setiap tahun. Sekiranya tiada pembaharuan
keahlian selama tiga (3) tahun, ahli perlu membayar yuran yang
tertunggak selama tiga (3) tahun untuk permohonan baru ialah RM 180.00 meliputi
yuran pendaftaran dan tahunan.

3. Yuran
pembaharuan tahunan adalah sebanyak RM 60.00 setahun dan perlu
dijelaskan selewat-lewatnya sebelum 31 Mac setiap tahun.

4. Sekiranya
pembaharuan keahlian tidak dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan,
keahlian akan digantung sementara dan bayaran pendaftaran baru perlu
dikemukakan.

5. Sekiranya berlaku
kematian, waris ahli perlu melangsaikan yuran tertunggak tersebut.

6. Permohonan
dianggap tidak lengkap jika maklumat yang diperlukan tidak diisi dengan
sempurna.

7. Tanggungan terhad kepada suami, isteri dan anak-anak
yang belum berkahwin serta berumur 25 tahun ke bawah
 dan tinggal
bersama
, serta ibu bapa dan ibu bapa mertua yang tinggal
bersama sahaja
, tetapi tidak termasuk anak-anak yang berusia
18 tahun keatas yang 
sudah bekerja.

8. Anak-anak
yang berstatus OKU 
adalah KEKAL sebagai TANGGUNGAN.

9. Untuk BUKAN AHLI, kos pengurusan jenazah adalah sebanyak RM 1,500.00 bagi setiap jenazah dan perlu dibayar sebelum urusan jenazah dijalankan.

10. Ahli
bertanggungjawab mengemas kini maklumat kerana hanya maklumat dalam rekod Badan
Khairat Kematian sahaja dianggap sebagai maklumat yang sah. Terma
dan syarat adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih

PENTADBIR