SYARAT & POLISI

PERATURAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AR-RIDHUAN, PEKAN JERAM
  • Pemohon baru mestilah mengisi borang permohonan menjadi ahli dengan menyertakan yuran pendaftaran sebanyak RM100.00 dan yuran tahunan sebanyak RM50.00.
  • Manfaat tajaan PENUH kepada ahli dan pasangan sahaja, anak berumur di bawah 18 tahun, ibubapa atau mentua dan anak OKU yang tinggal bersama ahli akan mendapat tajaan SEPARUH dari jumlah kos pengurusan.
  • Jika pengurusan jenazah dilaksanakan di tempat lain, pihak masjid akan menyalurkan bayaran khairat kematian kepada ahli mengikut kadar yang telah ditetapkan. Iaitu ahli dan pasangan dibayar penuh dan tanggungan yang menetap bersama separuh bayaran.
  • Khairat Kematian Masjid berhak menggugurkan mana-mana nama dalam senarai tanggungan ahli yang tidak layak.
  • Keahlian ahli dikira aktif apabila yuran pendaftaran dan yuran tahunan diterima oleh Biro Khairat Kematian Masjid. Ahli dikehendaki untuk menjelaskan yuran tahunan selewat-lewatnya bulan April pada tahun tersebut bagi mengekalkan status AHLI AKTIF.
  • Ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunan mengikut tahun kewangan semasa akan hilang kelayakan keahliannya. Ahli perlu menjelaskan tunggakan yuran sekiranya ingin mengaktifkan semula keahlian.
  • Ahli yang berpindah luar kariah dan tidak menetap lagi dalam kariah keahliannya terbatal dan tidak boleh melakukan tuntutan yuran keahlian yang telah dibayar.
  • Waris/Ahli Keluarga kepada ahli yang telah meninggal dunia, perlu mendaftar semula bagi menikmati manfaat yang disediakan.
  • Sekiranya ahli berhasrat menarik diri atau keluar dari Khairat Kematian Masjid, tiada tuntutan semula boleh dibuat terhadap semua yuran yang telah dibayar.
  • Semua ahli adalah dikehendaki memastikan setiap bayaran yang dibuat disertakan dengan penerimaan RESIT RASMI yang sah daripada pihak pengurusan masjid.
  • Sebarang bayaran yuran yang tidak dapat dibuktikan melalui resit rasmi yang sah dikeluarkan oleh pihak pengurusan masjid adalah dianggap tidak sah dan tidak diambil kira.
  • Sebarang pertanyaan dan bayaran yuran khairat kematian hendaklah dibayar terus kepada Pejabat Pengurusan Masjid Ar-Ridhuan, Pekan Jeram atau kepada Biro Khairat Kematian Masjid Ar-Ridhuan.
  • Pertanyaan lanjut boleh hubungi 
    • NO. PEJABAT MASJID: 019-4131158
    • BIRO KHAIRAT KEMATIAN MASJID: 019-5641608 (Hj. Arifin), 017-8824924 (Hj. Mat Ani)
Sila rujuk lampiran untuk perincian manfaat ahli.

Terima Kasih
SU PKKAD