TERMA DAN SYARAT
1. Khairat dan kebajikan ini dilestarikan dibawah Pertubuhan Komuniti Muslim, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif di dalam komuniti dan penduduk setempat dikenali sebagai Tabung E-khairat & Kebajikan Umat Islam (TEKUIS) ASSULAIMAN. Nombor pendaftaran pertubuhan ini yang nama singkatannya PERKOLIM adalah PPM-033-10-24112020
2. Buat permulaan, TEKUIS AS-SULAIMAN menekankan kepada konsep tabarru' iaitu ahli yang berdaftar akan sama-sama menyumbang bagi menguruskan proses pengurusan jenazah bagi ahli dan juga tanggungan dibawahnya tanpa perlu risau akan kos pengurusan dan sebagainya. 3. Sebagai pentadbir keseluruhan sistem e-khairat ini, TEKUIS AS-SULAIMAN akan berhubung dan membantu pengurusan jenazah dimana-mana lokasi yang terlibat di seluruh negara dengan bantuan pertubuhan khairat setempat (yang turut berdaftar di platform ini) ataupun melalui SPJM.
4. Khairat kematian ini merangkumi ahli dan tanggungannya (anak bawah 20 tahun dan isteri) juga ibu, bapa, ibu dan bapa mertua (duduk serumah) yang tinggal bersama. Datuk dan nenek boleh berada di dalam tanggungan ahli namun akan dikenakan bayaran tambahan sebagai ahli berdaftar bagi setiap penamaan. 5. Bayaran AHLI TEKUIS AS-SULAIMAN yang dikenakan adalah sebanyak RM20 (sekali sahaja) semasa
pendaftaran dan RM50 (setiap tahun) bagi pengaktifan khairat kematian
ahli/tanggungannya. 6. Pada masa ini, BUKAN WARGANEGARA juga BOLEH mendaftar untuk Khairat Kematian TEKUIS AS-SULAIMAN, dengan kadar bayaran seperti berikut: a. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM100.00 sekali bayaran seumur hidup. b. Bayaran yuran khairat tahunan adalah sebanyak RM300.00 setahun
7. Bayaran caj pendaftaran dan langganan TEKUIS adalah melalui secara dalam talian (online - FPX) ataupun menggunakan kaedah bank-in melalui sistem e-khairat ini. 8. Maklumat pengurusan jenazah yang ditanggung di dalam e-khairat ini bagi Pendaftar TEKUIS merangkumi: - Mandi dan kafan
- Kayu nisan sementara dan papan lahat
- Kain kafan
- Van Jenazah : Akan ambil jenazah dari Hospital² yg wartakan sebagai dibawah kariah Masjid.
- Imam Talkin / Pengurus Jenazah
- Gali kubur
- Nota : Pihak waris kena bayar sekiranya arwah atau waris bukan ahli.
9. Proses kelulusan badi pengaktifan keahlian adalah di dalam tempoh masa 24jam, dan tempoh bertenang bagi keahlian TEKUIS selepas pengaktifan adalah selama 14 hari bekerja. Peserta mestilah sihat sewaktu melakukan pendaftaran. (bukan di wad, hospital, nazak, kemalangan, dsbnya)
10. Pemakluman kematian boleh dilakukan secara atas talian ataupun menghubungi Pusat Panggilan Setempat di 03 5518 3518 (beroperasi 24jam) 11. Perkhidmatan TEKUIS AS-SULAIMAN ini adalah dibawah kelolaan kolaborasi bersama di antara Mybarakah Synergy Sdn Bhd, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) dan Dar Kasih Sdn Bhd.
|