SYARAT & POLISI

TUJUAN/MATLAMAT

1. Menyediakan kos perbelanjaan pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku musibah kematian dengan kadar segera.  

2. Mengurus dan mengumpul wang Tabung dengan teratur dan bertanggungjawab.

3. Menyediakan peluang kepada ahli kariah untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan (infaq) dengan cara membantu ahli atau tanggungannya yang memerlukan bantuan apabila ditimpa musibah kematian.

KEAHLIAN

1. Ahli Biasa Pertubuhan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18  ke atas yang menetap di Kariah Masjid Asy Syujaah penduduk kampung/mukim/taman perumahan). Penduduk-penduduk di luar kawasan ini tidak boleh diterima menjadi ahli. Namun Ahli Khairat (yang aktif mencarum) dari luar kawasan yang telah mendaftar menjadi ahli khairat sebelum ini masih boleh menjadi ahli khairat atas budi bicara Jawatankuasa Badan Khairat Kematian Masjid Asy Syuja’ah.

2. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama-nama tanggungannya dan nama warisnya yang lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha.

3. Tanggungan

a. Suami / Isteri @ isteri-isteri

i. Suami / Isteri @ Isteri-isteri (yang menetap di Kariah Merlimau Utara sahaja dan telah di daftarkan di dalam borang khairat atau kemaskini maklumat)

b. Anak

i. Anak atau anak-anak ahli yang berumur 23 tahun dan kebawah

ii. Masih belum berumahtangga

c. Anak Tiri

i. Anak / anak-anak seorang duda atau janda yang telah dikahwini ahli (telah didaftarkan di dalam borang khairat atau kemaskini maklumat)

d. Anak angkat

i. Anak / Anak-anak yang telah di bela sejak kelahirannya atau telah disahkan status penjagaan.

e. Ibubapa / Mertua

i. Hanya ibubapa / mertua yang ditanggung ahli dan menetap di rumah yang sama dengan ahli sahaja boleh didaftarkan sebagai tanggungan khairat ahli.

4. Tempoh matang keahlian bagi peserta sihat adalah serta merta sebaik sahaja diluluskan keahlian dan pembayaran keahlian tahun telah dijelaskan.

5. Tempoh Matang bagi peserta yang telah sedia ada tidak sihat adalah dua (2) bulan dari kelulusan dan pembayaran telah dijelaskan. Walaubagaimanapun sekiranya berlaku kematian kepada peserta tersebut wang bantuan akan diserahkan ½ dari jumlah penuh bantuan mengikut Fasal 7

6. Setiausaha hendaklah memproses permohonan keahlian dan membawanya untuk pertimbangan Jawatankuasa. Mesyuarat Jawatankuasa berhak menolak sesuatu permohonan untuk menjadi ahli tanpa sebarang sebab.

SUMBER KEWANGAN

1. Tiap-tiap ahli baru hendaklah membayar yuran sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) kepada Bendahari sebagai yuran keahlian dan RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) kepada Bendahari sebagai yuran tahunan.

2. Setiap tahun ahli perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum 31 Januari pada setiap tahun.

3. Walaubagaimana sekiranya peserta menghadapi masalah dalam pembayaran, maka kebenaran membayar secara ansuran selama 3 kali bayaran dalam tempoh 3 (tiga) bulan.

4. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu (1) tahun selepas tempoh yang ditetapkan pada fasal 5(1) & 5(2) akan diberikan surat peringatan oleh Bendahari. Jika ahli itu masih tidak membayar hutangnya dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh peringatan dikeluarkan, maka beliau hendaklah dianggap berhenti menjadi ahli dan tidak berhak mendapat apa-apa bantuan.

5. Sekiranya ahli yang telah ditamatkan keahlian dan berhajat menyambung maka dia akan dikenakan bayaran sambungan sebanyak RM20.00 dan bayaran tahunan sebanyak RM30.00

BANTUAN KEWANGAN

1. Wang bantuan akan dikeluarkan apabila berlaku kematian atas kematian ahli sendiri, tanggungan Fasal 4 (3)  RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja) dan RM1,100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Satu Ratus Sahaja) jika pengkebumian di waktu malam.

2. Walaubagaimanapun wang bantuan ini akan berubah mengikut kadar semasa yang akan diputuskan oleh Biro Pengurusan Jenazah Masjid Asy Syujaah bersama Biro Pengurusan Tanah Kubur Masjid Asy Syujaah

3. Pecahan Kos Pengurusan Jenazah Masjid Asy Syujaah Merlimau Utara (kemaskini 31.12.2023) adalah seperti berikut :

a. Penggali Kubur RM300 (tambahan RM100 malam)

b. Papan Daka RM200

c. Upah Mandi RM100

d. Kain Kapan RM200

e. Tanah Kubur RM100

f. Van Jenazah RM100

4. Bagi perkara Fasal 4 (5), sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) akan diserahkan kepada waris.