attaqwa@e-khairat.com 01110210552

  

  

  

  

 SYARAT & POLISI

BADAN KHAIRAT AT-TAQWA PAROI (BAKAT)


1) Tujuan Khairat 

Wang khairat kematian atau sumbangan kematian diberi adalah untuk urusan kematian dan meringankan beban ahli keluarga si mati. Selain itu, lebihan wang sumbangan setelah selesai urusan pengebumian boleh digunakan oleh ahli keluarga si mati dan tidak dikhususkan bagi meringankan urusan mereka mengikut keperluan yang utama, seperti makan dan minum atau apa sahaja keperluan yang dikehendaki mereka.

Sekiranya si mati masih memiliki hutang, pada masa yang sama si mati tidak mewarisi harta maka ahli keluarga boleh gunakan wang tersebut bagi melangsaikan hutangnya bahkan ini bertepatan dengan tujuan pemberi yang ingin meringankan beban ahli keluarga si mati. 

2) Syarat Keahlian Khairat.

i) Terbuka kepada semua penduduk islam yang bermastautin dan tinggal di Kariah Paroi.
ii) Sebuah keluarga (tanggungan) adalah terdiri daripada Ahli, pasangan Ahli Suami/Isteri, serta anak-anak Ahli (bawah 18 tahun, bawah 24 tahun sekiranya masih belajar di IPT).
iii) Bapa dan Ibu Ahli yang tinggal bersama di Kariah Paroi.

*Nota : Pihak Jawatankuasa Khairat berhak untuk membatalkan bayaran sekiranya terdapat maklumat yang diberikan adalah tidak benar dan meragukan.

3) Sumbangan Khairat (Yuran Keahlian)

i) Yuran Tahunan (Sekali seumur hidup) : RM 10.00
ii) Yuran Khairat (Setahun) : RM 100.00

4) Manfaat Ahli Khairat

i)  Sumbangan RM 1,500.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Lima Ratus Sahaja) bagi Kematian Ahli, Pasangan Suami/Isteri Ahli, Bapa dan Ibu Ahli.
ii) Sumbangan RM 1,200.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Dua Ratus Sahaja) bagi kematian Anak-Anak Ahli yang berumur 1 - 17 tahun, 18 - 24 tahun sekiranya masih belajar di IPT
iii) Sumbangan RM 300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja bagi kematian Anak-Anak Ahli yang berumur 3 bulan - 11 bulan 30 hari.

5) Biro Jawatankuasa Badan Khairat At-Taqwa Paroi (BAKAT)

i)  Pengerusi            : Ir. Haji A Kassim bin Haji Ali (012 - 299 6926)
ii) Timb. Pengerusi  : Encik Abd Aziz bin Muhammad (012 - 627 1509)
iii) Setiausaha         : Ustaz Haji Mohd Noor Uzairi bin Adam (019 - 692 1232)
iv) Pen. Setiuasaha: Haji Mod Fadzil bin Abdul Ghani
v) Bendahari           : Ustaz Mohd Zailani bin Abdullah (013 - 239 8008)
vi) Ahli Jawatankuasa:
    - Encik Nor Azman bin Abd Manap
    - Ustaz Hazmi bin Abd Kadir
    - Encik Abdul Karim bin Omar
    - Encik Mohd Nizar bin Abd Jabbar
    - Encik Mohd Hisham bin Abd Hadi
    - Encik Suhaimi bin Mohd Aris
    - Ustaz Zamri bin Sinin