Kemaskini Maklumat Ahli
Ahli khairat boleh mengemaskini maklumat diri, ahli keluarga dan bayaran khairat
| POLISI DAN MANFAAT TABUNG KHAIRAT KEMATIAN MASJID BATU 9 KG.MEDAN 1. Terbuka kepada semua penduduk Bt. 9 Kg. Medan yg menetap di sini dan juga kepada penduduk kg Medan yg tinggal di luar Kg. Medan dengan syarat menjadi ahli khairat kematian. 2. Ahli baru dikenakan bayaran sebanyak RM70, dengan pecahan RM10 sebagai sumbangan pendaftaran dan RM60 sebagai yuran tahun pertama penyertaan jika ianya mendaftar pada bulan Januari. Bagaimanapun sekiranya ahli baru mendaftar pada bulan yang lain, iaitu selain bulan Januari, Sumbangan pendaftaran keahliannya tetap RM10 dan yuran tahun pertamanya bergantung kepada bulan berapa dia mendaftar sebagai ahli baru. Sebagai contoh ahli baru itu mendaftar bulan Mei 2023, maka jumlah yang perlu dibayarnya adalah sebanyak RM50 (sumbangan pendaftaran keahlian RM10 + yuran tahun pertama RM40) 3. Keahlian baru hanya akan berkuat kuasa selepas 30 hari dari hari pertama didaftarkan dan tiada apa-apa keraguan tentang maklumat yang diberikan. 4. Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh kurang daripada 30 hari didaftarkan, ahli tersebut dan juga ahli yang berada di bawah tanggungannya yg didaftarkan, statusnya masih lagi belum layak mendapat manfaat sebagai ahli khairat kematian dan perlu membayar harga pengurusan kematian pada kadar semasa. 5. Bagi yang telah sah menjadi ahli, yuran tahunan sebanyak RM60 perlu dijelaskan, bermula 1 Januari pada setiap tahun baru sehingga hujung tahun tersebut. Kegagalan menjelaskan yuran tahunan selama dua tahun berturut turut, akan membuatkan keahlianya gugur dan tidak lagi layak mendapat manfaat sebagai ahli. 6. Bagi ahli yg telah gugur keahliannya dan ingin menyertai semula, anda perlu mendaftar semula sebagai ahli baru dan melalui proses yg sama sebagaimana setiap orang yang ingin mendaftar sebagai ahli baru. 7. Tiada surat peringatan diberikan kepada para pencarum untuk membayar yuran tahunan. Pihak pengurusan hanya akan mewar-warkannya melalui beberapa cara seperti hebahan pada hari Jumaat yg tertentu sebelum berlangsungnya solat Jumaat, penggantungan baner di tempat yg difikirkan strategik serta hebahan dalam media sosial seperti group-group wasap dan lain-lain lagi yg difikirkan sesuai. 8. Pembayaran yuran tahunan atau pendaftaran ahli baru hanya dilakukan di pejabat masjid dan secara online sahaja. Tiada lagi sistem pembayaran melalui wakil-wakil jalan seperti sebelum ini. 9. Ketua keluarga @ ketua pencarum yg mendaftar sebagai ahli hanya boleh mendaftarkan tanggungannya yg terdiri daripada suami, isteri-isteri, anak-anak dan kedua ibu bapanya yg ditanggung @ dibawah jagaannya dan mesti menetap di kg. Medan. 10. Bagi yg telah berkahwin, anda telah mempunyai keluarga sendiri dan bukan lagi di bawah tanggungan ibu bapa, anda perlu membuat pendaftaran keahlian yg berasingan. 11. Bagi anak yg ingin meletakkan nama ibu bapa di bawah ahli tanggungannya, ibu bapa tersebut tidak perlu mendaftar sebagai ahli yg berasingan. Hanya perlu didaftarkan di bawah nama anaknya sebagai ketua pencarum. 12. Majlis tahlil akan diadakan selama 3 malam di masjid Jamiatul Islamiah kepada ahli khairat kematian jika berlaku kematian. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada pihak waris kerana ada juga ingin membuat sendiri di tempat lain seperti di rumah atau di surau yg lebih hampir di tempat tinggalnya atau pihak waris sendiri yg mengatakan tidak perlu. Jika situasi ini berlaku, majlis tahlil diserahkan kepada pihak waris dan pihak pengurusan khairat kematian berlepas tangan dari menfaat yg di nyatakan ini. 13. Pihak pengurusan menyediakan perkhidmatan mengambil jenazah di Hospital Besar Klang dan Hospital Banting sahaja jika di perlukan. Namun sekiranya dalam keadaan tertentu, pemandu van jenazah tiada, waris boleh menggunakan khidmat van jenazah swasta dan boleh membuat tuntutan bayaran sebanyak RM100 shj. Jika melebihi had ini, waris perlu menanggungnya sendiri. Resit tuntutan hendaklah disertakan. 14. Waris kepada si mati hendak menyerahkan salinan surat kematian untuk memperolehi menafaat khairat kematian dan bagi memastikan nama si mati adalah ahli berdaftar khairat kematian. 15. Bagi yg menjadi ahli khairat kematian tetapi tidak mahu jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan bt. 9 Kg. Medan, pihak pengurusan tidak terlibat dlm menguruskannya. Ianya perlu diuruskan oleh waris sendiri. Walau bagaimanapun, pihak waris boleh membuat tuntutan mengikut nilai pengurusan semasa. Sekiranya jumlahnya melebihi dari jumlah yg ditetapkan oleh pihak pengurusan khairat kematian, lebihan itu perlu ditanggung sendiri oleh waris si mati. 16. Pihak pengurusan khairat kematian tidak terlibat dalam hal dokumentasi di hospital dan balai polis. Ianya perlu diuruskan sendiri oleh waris si mati. 17. Pihak waris hendaklah memberitahu kepada pihak pengurusan khairat kematian jika berlakunya hal kematian bagi melancarkan pengurusan jenazah. 18. Manafaat yang dinyatakan ini hanyalah untuk mereka yang telah sah menjadi ahli, bagi yang tidak mendaftar menjadi ahli, pihak pengurusan khairat kematian akan tetap menguruskan setiap jenazah, namun perlu membayar kos pengurusan mengikut kadar semasa. 19. Duit tabungan khairat kematian juga akan digunakan untuk urusan pengurusan pentadbiran, program yang difikirkan sesuai dan pengurusan tanah perkuburan mengikut keperluan semasa Pihak pengurusan khairat kematian akan berusaha dengan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan ini. Yang Menjalankan tugas, Ahmad Paizal b. Mohd Unus Setiausaha Khairat Kematian. |
Ahli khairat boleh mengemaskini maklumat diri, ahli keluarga dan bayaran khairat