Kemaskini Maklumat Ahli
Ahli berdaftar boleh mengemaskini maklumat diri, ahli keluarga dan bayaran khairat
SYARAT & PERATURAN KARIAH PENDUDUK BUKIT DAMAR DENGKIL PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK BUKIT DAMAR DENGKIL FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENDUDUK BUKIT DAMAR DENGKIL Selepas ini disebut pertubuhan. 2. Takrif Nama : PERSATUAN PENDUDUK BUKIT DAMAR DENGKIL 3. Bertaraf : Lain-lain FASAL 2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah PT 15848, KAMPUNG BUKIT DAMAR 43800 DENGKIL SELANGOR dan alamat untuk surat-menyurat adalah PT 15848, KAMPUNG BUKIT DAMAR 43800 DENGKIL SELANGOR atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 MATLAMAT 1. Menjadi pihak perantara untuk urusan rasmi antara penduduk dan pemilik hartanah kawasan bukit damar dengkil dengan pihak berkuasa tempatan. 2. Mengwujudkan perpaduan di anatara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa 3. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan 4. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat FASAL 4 KEAHLIAN 1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut A. Ahli Biasa i. Kewarganegaraan : Malaysia ii. Umur Minima : 18 tahun iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Bukit Damar Dengkil iv. Keturunan/Bangsa : Semua v. Jantina : Semua vi. Agama : Semua vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Pemilik Hartanah Di Kawasan Bukit Damar Dengkil Atau Pasangannya Yang Sah Di Sisi Undang-undang B. Ahli Bersekutu Tiada C. Ahli Kehormat Tiada D. Ahli Seumur Hidup Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus. E. Ahli Remaja Tiada 2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab. 3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada: 1. Bayaran masuk : RM 1 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja) 2. Yuran : RM 1 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja) a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM 0 (Ringgit Malaysia Sahaja) c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun. 3. Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan. 4. Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi. |
Ahli berdaftar boleh mengemaskini maklumat diri, ahli keluarga dan bayaran khairat