Terbuka kepada semua penduduk Islam yang bermastautin di Taman Bandar Senawang sahaja
Sebuah keluarga adalah terdiri dari ahli/peserta bersama suami/isteri serta anak-anak bujang di bawah umur 25 tahun serta Ibu/ayat atau ibu/ayah mertua yang tinggal bersama sahaja.
Tidak termasuk dalam skim e-Khairat ini ibu/ayah atau ibu/ayah mertua yang datang bertandang (giliran tinggal dengan anak-anak).
Tidak termasuk dalam skim e-Khairat ini ahli keluarga lain yang tinggal bersama seperti menantu, anak saudara, cucu dan orang gaji. Namun bayaran tambahan yang berasingan boleh dibuat bagi melayakan penyertaan.
Penetapkan jumlah sumbangan khairat adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan skim khairat terkini.
Faedah sumbangan khairat, layak diperolehi selepas yuran dibuat mulai bulan Januari atau sebelum 28 Februari setiap tahun dan selepas tarikh tersebut, jumlah sumbangan berdasarkan perkiraan pro rate.
Pihak Jawatankuasa berhak untuk membatalkan permohonan e-Khairat sekiranya terdapat maklumat yang diberikan adalah tidak benar lagi meragukan.
BAYARAN TAHUNAN : RM50 bagi setiap keluarga.
TEMPOH KHAIRAT : 1 TAHUN (1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026)
SUMBANGAN KHAIRAT : RM1,700 - Kematian bayi 12 bulan ke atas hingga orang dewasa; dan
RM600 - Kematian bayi berumur 4 bulan hingga 12 bulan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi ;
- Hj.Nasir (012-6349069),
- Hj. Nazar (012-3995305),
- Ustaz Khairi
(013-9808892),
- Hj. Ab Rahim (013-3331143)
- Hj. Faudzi (018-2558347)
- Hj. Lokman (019-9394803)
- Hj.Nizam (019-6543001) atau mana-mana AJK Surau dan wakil KRT