SYARAT KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID JAMEK KEMASIK
Kelayakan Menjadi Ahli - Warganegara Malaysia yang bermastautin atau mempunyai hubungan keluarga di kawasan Kemasik & Daerah Kemaman.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Bayaran pendaftaran (sekali sahaja) sebanyak RM50.
- Sumbangan bulanan sebanyak RM20 sebulan.
- Bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan serta akur kepada Konsep Tabarru’ / Wakalah.
Skop Perlindungan Ahli Manfaat khairat kematian ini diberikan kepada: - Ahli berdaftar
- Pasangan ahli
- Anak-anak ahli berumur 18 tahun dan ke bawah
- Ibu dan bapa kandung ahli
Nota: Ahli perlu mengemukakan maklumat
tanggungan semasa pendaftaran dan mengemaskini dari semasa ke semasa. Anak
angkat berdaftar boleh dimasukkan dalam senarai penerima manfaat atas kelulusan
pihak sekretariat. Faedah Khairat Kematian
Sekiranya berlaku kematian kepada mana-mana
individu yang dilindungi, pertubuhan akan menyediakan bantuan seperti berikut
(berjumlah RM1,500) :
- Jurumandi jenazah (2 orang jurumandi bertauliah)
- Urusan penggalian kubur
- Talqin dan bacaan doa pengebumian
- Penyediaan batu nisan kubur
- Set lengkap kain kafan
- Keranda jenazah
- Logistik dan pengurusan jenazah dalam radius daerah Kemaman
- Urusan majlis tahlil di Masjid Jamek Kemasik
Semua urusan ini akan dilaksanakan mengikut kemampuan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh
jawatankuasa pertubuhan.
Pembayaran & Sumbangan Bulanan - Sumbangan bulanan sebanyak RM20 perlu dibayar sebelum atau pada 7 haribulan setiap bulan.
- Pembayaran boleh dibuat melalui:
- Tunai
(kepada wakil pertubuhan)
- Pemindahan
bank (interbank/ QR code) – resit dihantar kepada secretariat
- Transaksi
FPX
Ahli yang tidak
menjelaskan bayaran selama 3 bulan berturut-turut tanpa sebarang
makluman akan dianggap tidak aktif dan mungkin menyebabkan pembatalan
kelayakan penerimaan sebarang manfaat.
Persetujuan Terhadap Konsep Tabarru’ / Wakalah
Ahli dengan ini bersetuju bahawa:
- Sumbangan yang dibuat adalah atas dasar tabarru’ / wakalah.
- Jawatankuasa pertubuhan bertindak sebagai wakil untuk mengurus sumbangan bagi tujuan
kebajikan ini.
- Semua keputusan penggunaan dana akan dibuat secara musyawarah dan telus.
Pembatalan Keahlian
Keahlian boleh terbatal atas sebab-sebab berikut: - Permohonan ahli secara bertulis
- Gagal membayar sumbangan melebihi 3 bulan berturut-turut tanpa sebab munasabah
- Memberi maklumat palsu semasa pendaftaran
- Menyalahgunakan kemudahan yang diberikan
Pindaan dan Penambahbaikan
Pertubuhan berhak untuk membuat pindaan
terhadap terma & syarat ini dari semasa ke semasa, dengan makluman rasmi
akan diberikan kepada ahli melalui notis bertulis atau hebahan umum di masjid. Keterangan lanjut sila hubungi pentadbir di talian 010-5368421
Terima Kasih PENTADBIR |