SYARAT & POLISI

Syarat & Peraturan BADAN KHAIRAT KEMATIAN KEMBOJA 4A & 5A

Syarat Keahlian

Penama Ahli Khairat Kematian yang layak untuk disenaraikan adalah seperti berikut;

1. Pemohon - secara automatik sebagai penama.
2. Pasangan pemohon - suami atau isteri yang tinggal bersama dalam satu rumah.
3. Anak-anak yang belum berkahwin termasuk anak tiri dan anak angkat yang sah tinggal bersama dalam satu rumah.

Selain dari di atas adalah tidak layak sebagai penama ahli khairat kematian adalah;
X adik-beradik pemohon atau pasangan pemohon walaupun tinggal bersama dalam satu rumah.
X Anak-anak yang telah berkahwin walaupun tinggal bersama dalam satu rumah.
X Anak-anak yang belum berkahwin, tidak tinggal bersama dan berpendapatan sendiri.

Maksud Ahli dan Tanggungan Ahli
 
i. Umur kemasukan ahli adalah bermula 21 tahun berdasarkan tarikh lahir yang akan datang.

ii. Tanggungan ahli ialah keluarga terdekat iaitu suami/isteri, anak atau anak-anak yang belum berumahtangga atau belum berdikari dan umur tidak melebihi 21 tahun serta belum bekerja (belum mempunyai pendapatan sendiri) kecuali anak OKU. Anak yang berumur 21 tahun ke atas boleh berdaftar secara berasingan dan layak menjadi Ahli bagi diri sendiri.

iii. Bagi ahli yang berdaftar atas namanya sendiri dan sekiranya berlaku kematian, maka suami/isteri perlu mendaftar semula sebagai Ahli Baru dan tidak boleh menyambung keahlian suami/isteri yang lama/sedia ada.

iv. Anak tiri yang berumur tidak melebihi 21 tahun yang dikahwini oleh duda/janda semasa tempoh sijil berkuatkuasa.

Pendaftaran Ahli Keluarga Secara Berasingan

i. Ahli keluarga seperti ibu/bapa sendiri yang tinggal bersama tidak perlu memohon menjadi ahli secara berasingan. Tempoh tinggal bersama hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.

ii. Anak sendiri/anak tiri/anak angkat/pembantu rumah yang sudah mencapai umur 21 tahun ke atas tinggal di dalam satu rumah, berminat menjadi Ahli perlu mendaftar secara berasingan. 


Sekian, terima kasih
PENTADBIR