| KOPERASI PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD SYARAT & POLISI SKIM KHAIRAT KEMATIAN KOCETAK 1. PENGENALAN Skim Khairat Kematian ini diwujudkan oleh Koperasi Percetakan Nasional Malaysia Makluman : Bermula Tahun 2026 Bayaran Khairat Daripada RM36 akan dinaikkan kepada RM50 Setahun, Terimakasih 2. OBJEKTIF KHAIRAT - Memberi bantuan segera kepada waris ahli yang - Meringankan beban kewangan ahli keluarga si mati. - Memupuk semangat kebersamaan dan saling membantudalam kalangan ahli koperasi. 3. KELAYAKAN AHLI - Terbuka kepada semua ahli KOCETAK yang berstatus aktif. - Berumur 18 tahun dan ke atas. - Telah melengkapkan borang penyertaan dan bersetuju dengan syarat-syarat ini. 4. YURAN & BAYARAN - Bayaran penyertaan adalah RM3 sebulan atau RM36 setahun. - Bayaran hendaklah dijelaskan secara tahunan atau potongan gaji (jika dibenarkan). - Kegagalan membuat bayaran selama 3 bulan berturut-turut akan menyebabkan keahlian terbatal secara automatik. 5. MANFAAT KHAIRAT - Jumlah manfaat khairat yang akan diberikan kepada waris adalah sebanyak RM1500 Jumlah sekiranya ahli meninggal, khairat untuk pasangan sekiranya meninggal rm1000, dan anak anak dan ibu bapa meninggal akan mendapat rm500 sahaja. Tanggungan Khairat Anak layak adalah sehingga umur 18 sahaja. - Bayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tuntutan lengkap diterima. 6. TUNTUTAN & PROSEDUR Untuk membuat tuntutan, waris perlu mengemukakan: - Salinan sijil kematian ahli - Salinan kad pengenalan waris - Borang tuntutan khairat yang lengkap - Bukti hubungan waris (jika perlu) 7. PEMBATALAN KEAHLIAN Keahlian akan terbatal jika: - Ahli gagal membayar yuran lebih dari 3 bulan - Ahli menarik diri secara bertulis - Ahli disingkirkan daripada KOCETAK 8. LAIN-LAIN POLISI - Pihak koperasi berhak mengubah syarat polisi ini dengan notis bertulis 30 hari lebih awal. - Segala keputusan Jawatankuasa adalah muktamad. Sekian, terima kasih PENTADBIR |