POLISI & SYARAT

TERMA DAN SYARAT :
1. Terbuka kepada semua penduduk islam Putrajaya yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berstatus warga negara Malaysia.
2. Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga dalam tanggungannya dan didaftarkan dalam borang pendaftaran ahli khairat kematian.
     A. Ahli
     B. Suami/isteri
     C. Anak-anak dalam tanggungan di bawah umur 21 tahun (belum berkahwin)
     D. Ibu bapa yang tinggal bersama (tidak bekerja) secara kekal
     E. Untuk kes khas, bagi tanggungan OKU bawah jagaan tidak tertakluk kepada syarat umur tersebut
3. Yuran :
     Pendaftaran : RM20.00
     Tahunan : RM100.00
     Seumur Hidup : RM1000.00
     Pembaharuan Keahlian : RM80/keluarga | RM50 bujang
     Pendaftaran boleh dilakukan sepanjang tahun.
4. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya ahli menarik diri atau dibatalkan keahliannya.
5. Bayaran faedah ahli akan dibayar cuma atas kematian ahli, pasangan ahli dan tanggungan ahli yang namanya ada dalam simpanan setiausaha dengan syarat ada surat mati yang sah.
6. Atas kematian ahli sendiri, bayaran faedah ahli akan diberikan kepada waris, atas kematian pasangan akan diberikan kepada pasangan dan atas kematian tanggungan akan diberikan 
   kepada ahli. Atas kematian serentak, bantuan akan diberikan sekali sahaja kepada waris.
7. Ahli tidak layak menuntut sebarang bantuan bagi kematian anak atau tanggungan yang telah melebihi umur 21 tahun atau berkahwin walaupun nama anak atau tanggungan tersebut ada 
   dalam senarai tanggungan ahli. Anak yang telah berkahwin hendaklah mendaftar menjadi ahli berasingan.
8. Kematian melibatkan ahli khairat/pasangan/tanggungan yang diuruskan di luar MMP akan diberi faedah khairat sebanyak RM300 sahaja.
9. Keahlian berkuatkuasa apabila borang pendaftaran beserta yuran telah disahkan oleh Jawatankuasa Khairat Kematian. Jika berlaku sebarang kematian melibatkan 
   ahli/pasangan/tanggungan dalam tempoh 30 hari dari hari pendaftaran, 50 peratus faedah khairat akan diberikan.
10. Pendaftaran yang dibuat pada ketika/hari berlakunya satu-satu kematian semata-mata mendapatkan wang sumbangan tidak layak menerima sumbangan untuk kematian tersebut, 
    walaubagaimanapun keahliannya diterima.
11. Tuntuan faedah khairat yang dibuat selepas 2 bulan kematian ahli atau tanggungan ahli tidak akan diterima.
12. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran tahunan dijelaskan dan alamat baharu hendaklah dikemaskini untuk mudah dihubungi.
13. Kewangan khairat juga digunakan bagi urusan kebajikan ahli khairat dan ahli kariah mengikut keperluan dan budi bicara pengurusan khairat.
14. Sebarang pindaan kepada terma dan syarat ini tertakluk kepada keperluan semasa.
15. Sekirannya timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau terma dan syarat khairat kematian ini, keputusan Jawatankuasa khairat kematian adalah muktamad.

FAEDAH AHLI:
1. PENGURUSAN JENAZAH, PENGANGKUTAN DAN PENGKEBUMIAN KAWASAN PUTRAJAYA.
2. ATAS KEMATIAN AHLI RM300.00
3. ATAS KEMATIAN SUAMI/ISTERI AHLI RM300.00
4. ATAS KEMATIAN TANGGUNGAN AHLI RM300.00

SYARAT TANGGUNGAN AHLI:
1. AHLI DAN TANGGUNGAN AHLI MENETAP DI PUTRAJAYA
2. AHLI DAN TANGGUNGAN AHLI ADALAH WARGA NEGARA MALAYSIA.