SYARAT-SYARAT PENYERTAAN e-KHAIRAT
1) Terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat Ahli Qariah Masjid Al-Huda BBIM
2) Keahlian mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia, beragama islam yang bermastautin di BBIM sahaja.
3) Yuran Pendaftaran menjadi ahli adalah sebanyak RM10.00 seumur hidup.
4) Yuran Tahunan adalah sebanyak RM60.00 (Berkeluarga @ mempunyai tanggungan) dan RM30.00 (Bujang)
5) Ahli boleh mengemaskini/menambah nama-nama tanggungan yang telah didaftarkan didalam sistem mengikut syarat-syarat tanggungan menggunakan akaun masing-masing.
6) Ahli bertanggungjawab mengemaskini maklumat keahlian di dalam sistem ini jika berlaku pertukaran alamat, nombor telefon dan email serta apa jua maklumat yang berkaitan yang terkandung berkaitan rekod ahli.
7) Setiap ahli bertanggungjawab untuk membayar Yuran Sumbangan Khairat Kematian (rujuk Perkara 3 & 4) dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mana-mana ahli yang gagal membuat bayaran caruman melebihi daripada dua (2) tahun berturut-turut semasa tempoh kutipan dijalankan sehingga tarikh tutup adalah dianggap tidak lagi berminat menjadi ahli dan secara automatik akan dikeluarkan keahliannya. Manakala ahli lama yang telah digugurkan ingin menyambung semula sebagai ahli perlu memaklumkan pentadbir sistem untuk mengaktifkan semula akaun khairat dan menjelaskan yuran baru termasuk jumlah tunggakkan (sekiranya ada).
8) TANGGUNGAN AHLI : bermaksud terdiri daripada isteri/suami/ibubapa/mertua. Anak/Anak angkat yang didaftarkan melalui JKM sahaja (berumur 23 tahun kebawah belum berkahwin). Manakala bagi anak/anak angkat yang berumur melebihi 23 tahun pula mestilah terdiri daripada yang tidak bekerja, belum berkahwin dan diketegorikan sebagai OKU. Kesemua orang-orang yang dimaksudkan diatas hendaklah TINGGAL bersama- sama ahli tidak kurang daripada enam (6) bulan didalam tanggungan ahli kecuali anak yang masih belajar (berada di asrama).
9) FAEDAH KHAIRAT KEMATIAN KEPADA AHLI DAN TANGGUNGANNYA : RM1,000.00
10) Jika berlaku kematian atau perlukan penjelasan boleh terus berhubung dengan En. Hakim : 019-610 0014.
PENTADBIR
MASJID AL-HUDA BANDAR BARU IBRAHIM MAJID