Kemaskini Maklumat Ahli
Ahli khairat boleh mengemaskini maklumat diri, ahli keluarga dan bayaran khairat
SYARAT DAN POLISI KHAIRAT KEMATIAN JENGKA 191. KEAHLIAN 1.1 Keahlian hanya terbuka kepada Warga Jengka 19 dan Taman Lamanda 1.2 Berumur tidak kurang daripada 24 tahun 1.3 Anak/menantu/cucu Felda Jengka 19 diterima keahlian 2. TANGGUNGAN YANG LAYAK 2.1 Isteri yang sah dari segi syarak; 2.2 Anak kandung atau tiri yang masih belum berkahwin berumur 23 tahun ke bawah; 2.3 Sebaik sahaja berumur 24 tahun, tidak lagi dikira sebagai tanggungan; 2.4 Bapa/Ibu tunggal yang berumur 65 tahun ke atas dan tinggal di Jengka 19 2.5 Anak berstatus OKU yang berdaftar dengan JKM dan belum berkahwin (tanpa had umur ditetapkan); 2.6 Anak angkat perlu berdaftar dengan Akta Pengangkatan 253 semasa pendaftaran; 2.7 Pengesahan tanggungan adalah tertakluk kepada keputusan pihak pengurusan Badan Khairat 3. YURAN KEAHLIAN 3.1 Yuran menjadi ahli sebanyak RM 10.00 (Sepuluh ringgit sahaja) 3.2 Yuran tahunan ahli sebanyak RM 60.00 (Enam puluh ringgit sahaja) 3.3 Resit akan diberikan setelah yuran tahunan selesai dibayar. 3.4 Tambahan sebanyak RM 60.00 bagi penambahan isteri kedua atau seterusnya. 3.5 RM5 daripada setiap bayaran tahunan ahli adalah untuk kegunaan pentadbiran badan khairat. 4. MANFAAT KEAHLIAN 4.1 Kematian ahli, isteri dan tanggungan yang berdaftar : RM 500 4.2 Bayi berumur 1 tahun kebawah : RM 200 4.3 Bayi yang meninggal dalam keadaan keguguran : Tidak layak 5. RUJUKAN UNTUK TUNTUTAN MANFAAT 5.1 Perlu disertakan salinan surat kematian/pengebumian dan kad pengenalan 5.2 Dokumentasi hendaklah diserahkan selewat-lewatnya 12 hari selepas kematian. 5.3 Kematian berlaku dan diuruskan di Jengka 19. (bayaran segera) 6. SUMBANGAN YANG TIDAK BOLEH DITUNTUT 6.1 Tanggungan (anak) sudah melebihi 24 tahun walaupun belum berkahwin. 6.2 Yuran tidak dijelaskan selama enam bulan. 6.3 Suami / isteri yang bercerai selepas tahun semasa. 6.4 Bapa / ibu tunggal yang telah berkahwin baharu. 7. HILANG HAK SEBAGAI AHLI 7.1 Tidak menjelaskan yuran selama ENAM BULAN 7.2 Semua yuran terdahulu tidak dikembalikan 8. TINDAKAN SEGERA 8.1 Maklumkan kematian kepada Pengerusi Masjid (017-9554143) atau Setiausaha Masjid (017-9737806) |
Ahli khairat boleh mengemaskini maklumat diri, ahli keluarga dan bayaran khairat