Skim Khairat Kematian Masjid Bukit Indah (SKK MBI) diwujudkan bagi membantu urusan fardu kifayah dengan menyediakan perkhidmatan yang efisien serta berlandaskan syariah. SKK MBI berasaskan sistem keahlian dan setiap ahli perlu memperbaharui yuran keahlian pada setiap tahun. Perkhidmatan yang ditawarkan bertujuan untuk meringankan beban waris pada saat berlakunya kematian, di samping memastikan urusan pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur melalui kerjasama waris dan sokongan pihak masjid.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN e-KHAIRAT
1. KEAHLIAN 1.1 Skim Khairat Kematian MBI akan berkuatkuasa selama 1 tahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun
1.2 Keahlian terbuka kepada ahli kariah Masjid Bukit Indah 1.3 Bagi Kategori individu hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja 1.4 Bagi Kategori Keluarga hendaklah didaftarkan oleh seorang ahli utama yang merupakan warganegara Malaysia. Pasangan kepada ahli utama dibenarkan didaftarkan walaupun bukan warganegara Malaysia. 1.5 Keahlian Percuma kepada Asnaf di dalam kariah yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor 1.6 Keahlian Percuma kepada Ahli Lembaga Tadbir, Pegawai, Kakitangan, Ketua-Ketua Biro MBI, Para
Petugas serta Sukarelawan dan Sukarelawati Pengurusan Jenazah MBI
2. KESELAMATAN DATA PERIBADI 2.1 Data peribadi ahli khairat dilindungi didalam Akta PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (Akta 709) 2.2 Kebenaran mengunakan data peribadi dengan tujuan hebahan kematian,mengesan lokasi & menghubungi waris 2.3 Mengawal akses kepada data peribadi dengan menghadkan paparan, tidak mendedahkan maklumat sepenuhnya, serta mewajibkan pengesahan identiti pengguna.
3. YURAN KEAHLIAN 3.1 Yuran tahunan ahli sebanyak RM 50.00 (Keluarga) Peserta & Pasangan Anak-anak 0-23 Tahun 3.2 Yuran tahunan ahli sebanyak RM 25.00 (Individu) 18 tahun keatas
4. MANFAAT AHLI KHAIRAT 4.1 Kematian ahli kariah, isteri dan tanggungan yang berdaftar : RM 1400 4.2 Kematian anak-anak ahli kariah yang berdaftar : RM 600 (Berumur 12 tahun dan kebawah)
5. RUJUKAN UNTUK TUNTUTAN MANFAAT 5.1 Perlu disertakan salinan surat kematian/pengebumian 5.2 Dokumentasi hendaklah diserahkan selewat-lewatnya 14 hari selepas kematian. 5.3 Penerimaan Pembayaran dalam 3 hari berkerja ke Akaun Bank waris
6. PENGGUNAAN WANG KHAIRAT KEMATIAN
6.1 Tuntutan Khairat Kematian oleh waris 6.2 Pembayaran saguhati kepada petugas, pemandu jenazah, imam solat jenazah, bacaan talqin dikubur, pemandu van jenazah dan sukarelawan/sekarelawati 6.3 Pembelian kain kafan dan keperluan pengurusan jenazah 6.4 Penyelenggaraan dan kelengkapan bilik pengurusan jenazah 6.5 Minyak van jenazah serta penyelenggaraan van jenazah seperti urusan Puspakom, Roadtax, Takaful dan mana-mana yang dianggap relevan oleh biro khairat kematian 6.6 Latihan/kursus pemantapan kepada petugas pengurusan jenazah dan jemaah Masjid Bukit Indah 6.7 Pembelian aset-aset spesifik untuk kegunaan pengurusan jenazah
7. TINDAKAN SEGERA PEMAKLUMAN BERLAKU KEMATIAN 7.1 Maklumkan Urusan kematian kepada Hj Erwan (012-3879958) & Ust Abdul Azim (017-2606085)
BIRO KHAIRAT KEMATIAN
MASJID BUKIT INDAH AMPANG
|