KEMPEN PENDAFTARAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID BANDAR TEKNOLOGI KAJANG
Penyertaan khairat kematian masjid terbuka kepada semua masyarakat Bandar Teknologi Kajang mahupun di luar kawasan, ahli boleh mendaftar secara dalam talian tanpa sebarang dokumen seperti ic dan bil utiliti. Rujuk syarat & polisi yang disertakan.
Ahli boleh menjelaskan sumbangan dengan membuat semakan status keahlian dan bayaran hendaklah melalui sistem menggunakan transaksi secara FPX. Pertanyaan lanjut sila hubungi pentadbir
AJK Khairat akan membuat pengesahan permohonan ahli dalam tempoh 5 hari bekerja. Ahli akan dapat notifikasi status pengesahan melalui email yang didaftarkan / whatsapp
TEMPOH PEMBAYARAN KHAIRAT
Pembayaran boleh dibuat segera selepas menerima notis pengesahan daripada admin. (Tiada perlindungan selagi bayaran belum dibuat). Jika tiada pembayaran dibuat dalam tempoh sebulan, permohonan akan terbatal.
Ahli diminta membuat permohonan semula