mftu@e-khairat.com 0123843432

  

  

  

  

 SYARAT & POLISI

BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-RIDZUANIAH FELDA TROLAK UTARA
  1. Yuran Keahlian : RM60.00 (Setiap Setahun)

  2. Pecahan sumbangan BKKMFTU adalah 95% ke Tabung BKKMFTU dan 5% ke Tabung Pengurusan BKKMFTU.

  3. Terbuka kepada semua AHLI KARIAH MFTU dan AHLI KELUARGA KARIAH MFTU yang tidak bermastautin tetapi mahu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Trolak Utara (Ahli Bersyarat).

  4. Seorang ahli dimestikan membayar yuran penyertaan dan pembaharuan setiap tahun mengikut tempoh yang akan ditetapkan yang kebiasaannya bermula 1 Oktober hingga 31 Januari.

  5. Keahlian setiap ahli adalah bermula pada 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun. Jika pendaftaran baru dilakukan selepas tarikh kuatkuasa tempoh keahlian tahunan, TIADA kadar
    PRO-RATA dan keahlian adalah berkuatkuasa dari tarikh pengesahan pendaftaran sehingga 31
    Disember tahun berkenaan sahaja.

  6. Ahli yang tidak membuat pembayaran selama dua tahun berturut-turut maka keahliannya
    tidak aktif dan TIDAK LAYAK untuk menerima manfaat BKKMFTU. Untuk mengaktifkan
    kembali keahlian dikehendaki membayar yuran tahunan (RM60.00), yuran pendaftaran
    (RM10.00) dan caj pengaktifan (RM60.00).

  7. Pembayaran boleh dibuat secara tunai kepada wakil BKKMFTU seperti yang tertera di bawah
    atau melaui pemindahan wang ke akaun Maybank, Masjid FELDA Trolak Utara, no. akaun:
    558154507495 dengan meletakan rujukan “BKK MFTU”.

  8. SATU keahlian akan mewakili SATU keluarga di bawah tanggungannya iaitu:
    i. Ahli (Penama)
    ii. Pasangan (Suami/Isteri pertama sahaja)
    iii. Anak-anak yang masih belajar dan belum berkahwin sehingga umur 25 tahun sahaja
    iv. Ibu/Bapa serta ahli keluarga penama yang tinggal bersama di dalam satu alamat yang sama dan dibawah tanggungan penama sepenuhnya.
    v. SATU Keluarga di bawah tanggungan penama adalah TIDAK melebihi 7 orang termasuk penama. Jika melebihi 7 orang maka pendaftaran penama baru perlu dilakukan
    vi. Suami yang berpoligami, maka isteri ke-2, 3 & 4 didaftar secara berasingan dan hanya dilindungi bersama dengan anak-anak sahaja.
    vii. Bagi ahli yang berpindah masih kekal sebagai ahli khairat BKKMFTU sehinggalah tamat tempoh keahlian. 

  9. Sila rujuk lampiran untuk perincian manfaat.






Sekian, terima kasih
PENTADBIR