KHAIRAT KEMATIAN MASJID JAMEK CINA MUSLIM KLANG
TUJUANKhairat kematian Masjid Jamek Cina Muslim Klang, Selangor adalah berasaskan konsep tabarru' (sedekah). Dengan kata lain jika dalam tempoh setahun tiada berlaku kematian di kalangan ahli atau tanggungannya, maka bayaran tahunan yang telah dibayar dikira sedekah yang dikumpulkan untuk membantu membiayai pengurusan jenazah ahli lain atau tanggungannya.
KEAHLIAN 1. Ketua keluarga (suami atau isteri sekiranya ibu tunggal). Jika ahli meninggal, balunya akan bertukar menjadi ahli. Dia tidak perlu membuat pendaftaran baru, cuma perlu menjelaskan bayaran tahunan sahaja. 2. Bujang berumur 21 tahun ke atas (jika tidak belajar. Jika masih belajar bermula umur 25 tahun) 3. Keahlian akan diaktifkan selepas 30 hari bayaran pendaftaran keahlian dijelaskan. 4. Penamatan keahlian: Keahlian perlu diperbaharui setiap tahun. Keahlian akan ditamatkan secara automatik jika pihak masjid tidak menerima bayaran yuran tahunan selepas 2 bulan tamat ahli.
TANGGUNGAN
- Pasangan (isteri seorang sahaja. Jika mempunyai lebih dari seorang isteri perlu buat pendaftaran lain)
- Ibu dan bapa
- Anak-Anak yang berumur 21 tahun dan ke bawah (kecuali anak yang masih belajar sehingga berumur 25 tahun dan anak OKU) termasuk anak angkat (sila upload sijil pengangkatan) dan anak tiri (yang tinggal bersama ahli).
BAYARAN- Yuran Permulaan Pendaftaran : RM110 (Pendaftaran = RM60) (Tahunan = RM50)
- Pembaharuan Tahunan (Renew) : RM50
- Bayaran melalui sistem e-khairat dengan mengunakan Toyyibpay FPX atau online transfer terus ke akaun Bank Rakyat (1102524290) atas nama Masjid Jamek Cina Muslim Klang. Bagi bayaran secara online transfer, sila hantar bukti pembayaran kepada pentadbir sistem e-khairat.
MANFAATJika berlaku kematian: - Ketua keluarga: RM1,400 bagi jenazah muslimin dan RM1,450 bagi jenazah muslimat (untuk pengurusan jenazah)
- Anak-anak 7 tahun ke bawah: RM500
KAEDAH SUMBANGAN KEPADA WARIS- Jika pengurusan jenazah sepenuhnya di masjid dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Johan Setia, bayaran akan dilakukan oleh masjid kepada pihak pengurusan jenazah.
- Jika pengurusan jenazah dilakukan di hospital dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Johan Setia, bayaran untuk pihak (pengurusan jenazah hospital) perlu dibayar sendiri oleh pihak waris dan bayaran kepada pemandu van dan penggali kubur akan diserahkan/dibayar oleh pihak masjid.
- Jika pengurusan jenazah dilakukan di mana-mana hospital kemudian dikebumikan di tempat lain, bayaran untuk pengurusan jenazah adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak waris.
# Dibenarkan hanya sekali tuntutan sahaja dalam kes ahli menjadi tanggungan anaknya yang dewasa. |