mkg@e-khairat.com 0196138133

  

  

  

  

 SYARAT & POLISI

UNDANG-UNDANG KECIL BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH
MASJID KG. GOMBAK, KUANG

 

TUJUAN

  • Membantu dan menolong ahli atau waris ahli
    menguruskan jenazah.
  • Meringankan beban keluarga dari segi
    kewangan ketika berlaku kematian.
  • Menggalakkan ahli kariah Masjid Kg
    Gombak menziarahi dan menunaikan hajat pihak waris simati untuk menghadiahkan bacaan tahlil di masjid atau rumah.

 

SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI

  • Wargenagara Malaysia & Penduduk
    Tetap yang beragama Islam sahaja.
  • Mencapai umur 21 tahun dan ke atas (tidak lagi ditanggung oleh ibu/bapa).
  • Berkahwin (menjadi ketua keluarga).
  • Menetap di rumah sendiri atau menyewa rumah (sekurang-kurangnya enam bulan) di kawasan kariah Masjid Kg
    Gombak. 
  • Individu warganegara Malaysia yang
    tinggal di luar kariah dengan syarat ibu/bapa kandung masih
    bermastautin/menetap di kawasan kariah Masjid Kg Gombak.

 

PENERIMAAN MENJADI AHLI

  • Borang pendaftaran ahli baharu yang telah
    diisi dengan lengkap perlu diserahkan kepada Pengerusi Badan Khairat sebelum atau pada 31 Mac setiap tahun untuk pengesahan dan kelulusan.
  • Keputusan sebagai ahli baharu akan dimaklumkan selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas
    tarikh penghantaran borang permohonan.  
  • Sumbangan khairat akan mula diterima selepas
    tempoh tiga (3) bulan menjadi ahli berdaftar.

 

KUTIPAN YURAN KHAIRAT

  • Pendaftaran ahli baru adalah sebanyak RM10 sahaja.
  • Yuran ahli adalah sebanyak RM50 setahun. (Yuran boleh berubah mengikut keperluan semasa)
  • Ahli hendaklah menjelaskan yuran tahunan kepada Pengerusi Badan Khairat Kematian selewat-lewatnya pada 31 Mac pada setiap tahun. Jika gagal
    menjelaskan yuran selepas tarikh ini, maka keahliannya akan digugurkan serta-merta dan tidak layak lagi menerima apa-apa sumbangan khairat.
  • Sekiranya bekas ahli ini ingin menyertai semula, permohonan baru perlu dibuat untuk dipertimbangkan dengan mematuhi terma dan syarat khas yang telah ditetapkan. (Sila rujuk dengan Pengerusi Badan Khairat untuk makluman lebih
    lanjut).
  • Sekiranya seorang ahli meninggal dunia dan
    telah membuat lebihan bayaran yuran, maka secara otomatik yuran tersebut akan disambung oleh waris (isteri/suami/anak/ibu/ayah).


SYARAT-SYARAT MENDAPAT BANTUAN
WARGANEGARA MALAYSIA (KAD PENGENALAN BIRU)
  • Memberikan sijil kematian/permit kubur simati kepada Setiausaha Badan Khairat.
  • Kategori yang layak menerima sumbangan khairat adalah seperti berikut




  1. Ahli
  2. Suami/Isteri (Isteri pertama sahaja)
  3. Ibu/bapa kandung atau ibu/bapa mertua (Isteri
    pertama sahaja
    )
  4. Anak kandung berumur kurang dari 21 tahun (kecuali
    sudah berkahwin
    )
  5. Anak kandung yang menyambung pengajian ke
    peringkat IPT/Tahfiz/Pondok sehingga had umur 25 tahun sahaja.
  6. Anak tiri/anak angkat berumur kurang
    dari 21 tahun dan tinggal bersama ahli. (Anak tiri/anak angkat ini adalah
    yang dijaga ahli dari sejak kecil iaitu di bawah umur 5 tahun)
  7. Ibu tiri/ibu angkat yang menjaga ahli dari
    sejak kecil dan tinggal bersama ahli.

  • Sumbangan penuh khairat bagi pengurusan jenazah ahli atau
    waris yang duduk di dalam kariah adalah terhad untuk dua (2) kali
    kematian sahaja
    di dalam tahun yang sama.
  • Jika terdapat “AHLI” atau “PASANGAN”
    meninggal dunia di luar kariah, maka Badan Khairat bersetuju memberikan
    sumbangan khas wang tunai RM900 kepada waris untuk kos 
    pengurusan jenazah.
  • Sumbangan wang tunai luar kariah pula
    kepada ahli yang kematian ibu/bapa kandung atau ibu/bapa mertua (Isteri
    Pertama sahaja)
     adalah sebanyak RM400. Manakala bagi
    kanak-kanak berumur (2-12 tahun) sebanyak RM250 dan bayi berumur
    2 tahun ke bawah sebanyak RM150. Tuntutan sumbangan ini
    terhad untuk dua (2) kali kematian sahaja dalam setahun.
  • Tempoh tuntutan sumbangan khairat bagi ahli
    keluarga yang meninggal di luar kariah adalah enam (6)
    bulan sahaja
     dari tarikh meninggal dunia simati.
  • Sumbangan khairat akan diberikan hanya
    untuk satu nama sahaja. (1 kematian = 1 sumbangan khairat)











 



SYARAT-SYARAT
MENDAPAT BANTUAN 
PENDUDUK TETAP (KAD PENGENALAN MERAH)

  • Memberikan sijil kematian/permit kubur simati kepada Setiausaha Badan Khairat.
  • Kategori yang layak menerima sumbangan
    khairat adalah yang tinggal di bawah satu bumbung seperti berikut




  1. Ahli
  2. Suami/Isteri (Isteri pertama sahaja)
  3. Anak kandung berumur kurang dari 21 tahun (kecuali
    sudah berkahwin
    )
  4. Ibu/bapa kandung/mertua (Isteri pertama sahaja)








  • Sumbangan penuh khairat bagi pengurusan jenazah
    ahli atau waris yang duduk di dalam kariah adalah terhad untuk dua
    (2) kali kematian sahaja
     di dalam tahun yang sama.
  • Jika “AHLI” meninggal dunia di luar kariah, maka
    Badan Khairat akan memberikan sumbangan wang tunai RM900 kepada waris untuk kos pengurusan jenazah.
  • Sumbangan khairat akan diberikan hanya untuk
    satu nama sahaja. (1 kematian = 1 sumbangan khairat)



JUMLAH BANTUAN



  • Kutipan yuran khairat akan digunapakai
    sebagai perbelanjaan untuk menguruskan jenazah ahli atau waris ahli.
  • Kos Pengurusan Jenazah Kategori Dewasa
    (Berumur 12 tahun ke atas)
  1. Penggalian Kubur  :  RM300.00
  2. Kain Kafan & Alatan : RM110.00
  3. Papan & Kayu Tanda  :  RM110.00
  4. Mandi Jenazah : RM90.00
  5. Van Jenazah : RM80.00
  6. Imam  :  RM60.00
  7. Pentadbiran  : RM50.00
  8. Makanan Kepada Waris : RM100.00
  9. JUMLAH  :  RM900.00*     
  • Kos Pengurusan Jenazah Kategori Kanak-Kanak (Berumur 2 tahun ~ 12 tahun)
  1. Penggalian Kubur  : RM220.00
  2. Kain Kafan & Alatan  :  RM50.00
  3. Papan & Kayu Tanda : RM50.00
  4. Mandi Jenazah : RM70.00
  5. Van Jenazah  : RM50.00
  6. Imam : RM50.00
  7. Pentadbiran : RM40.00
  8. Makanan Kepada Waris : RM70.00
  9. JUMLAH  : RM600.00*


  • Kos Pengurusan Jenazah Kategori Bayi (Berumur
    bawah 2 tahun)


  1. Pengurusan Kubur :  RM130.00
  2. Kain Kafan & Alatan  :  RM30.00
  3. Papan & Kayu Tanda : RM30.00
  4. Mandi Jenazah : RM30.00
  5. Van Jenazah : Tidak disediakan
  6. Imam : RM20.00
  7. Pentadbiran : RM10.00
  8. Makanan Kepada Waris  :  Tidak disediakan
  9. JUMLAH  :  RM250.00*
















  • Badan Khairat Kematian telah menetapkan bahawa
    bayaran penuh akan dikenakan ke atas waris sekiranya jenazah yang bukan
    ahli 
    berstatus Warganegara Malaysia dan Penduduk
    Tetap 
    yang ingin menggunakan khidmat pengurusan jenazah adalah seperti maklumat
    berikut:


  1. Kos Pengurusan Jenazah Dewasa (berumur
    12 tahun ke atas) -  *RM1,100.00 ~ RM1,300.00
  2. Kos Pengurusan Jenazah Kanak-Kanak
    (berumur 2 – 12 tahun) - *RM900.00 ~ RM980.00   
  3. Kos Pengurusan Jenazah Bayi (berumur 2 tahun ke bawah) - *RM550.00




  • Kos Pengurusan Juzuk Anggota Badan / Bayi Pramatang (Keguguran) - Sila rujuk Pengerusi Badan Khairat

  • Manakala bayaran penuh akan dikenakan ke atas waris sekiranya jenazah yang bukan ahli berstatus Bukan
    Warganegara Malaysia
     yang ingin menggunakan khidmat pengurusan jenazah adalah seperti maklumat berikut



  1. Kos Pengurusan Jenazah Dewasa - *RM1,700.00 ~ RM1,900.00
  2. Kos Pengurusan Jenazah Kanak-Kanak (berumur 2 – 12 tahun) - *RM 1,200.00 ~ RM1,300.00
  3. Kos Pengurusan Jenazah Kanak-Kanak (berumur bawah 2 tahun) - *RM700.00






  • Kos Pengurusan Juzuk Anggota Badan / Bayi Pramatang (Keguguran) - Sila rujuk Pengerusi Badan Khairat


  • *Sekiranya terdapat peningkatan kos akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


  • Pengurusan jenazah “Orang Kelainan Upaya” (OKU) akan ditanggung sepenuhnya oleh Badan
    Khairat Kematian dengan syarat ia mestilah menetap di dalam kariah Kg Gombak sekurang-kurang enam (6)
    bulan
     dan ke atas dan diuruskan jenazahnya di Kg Gombak. Sila sertakan bersama salinan kad OKU untuk tujuan rekod fail.



BERHENTI MENJADI AHLI



  • Seseorang ahli boleh diberhentikan dengan sebab-sebab berpindah kawasan atau keputusan dari mesyuarat oleh jawatankuasa masjid.


PENTADBIRAN

  • Sekiranya berlaku kematian, ahli atau waris hendaklah memaklumkan kepada individu ini dengan kadar segera


Pengerusi (Nazir Masjid) - En. Ahmad Hamdi Bin Abdul Ghani, H/P:019-6138133, atau

Setiausaha - En. Abdul Majid Bin Hj. Yaacob, H/P:012-2511806






  • PERATURAN BARU INI AKAN BERKUATKUASA MULAI 1 JANUARI 2023.