mtj@e-khairat.com 0176846130

  

  

  

  

 SYARAT & POLISI

SKIM KHAIRAT KEMATIAN MASJID TERAS JERNANG

1. PENDAHULUAN
Skim Khairat Kematian Masjid Teras Jernang (SKKMTJ) adalah merupakan satu tabung yang diwujudkan bagi membantu ahli yang berdaftar menanggung kos perbelanjaan pengurusan jenazah. Skim ini diwujudkan di bawah naungan serta pentadbiran langsung Masjid Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi bagi memberikan kemudahan kepada ahli kariah secara sukarela atas dasar bertolong‑tolongan sesama saudara seagama.

2. OBJEKTIF PENUBUHAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN
Skim khairat kematian ini ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:
  • Menyediakan bantuan wang tunai bila berlaku kematian ke atas ahli atau tanggungan ahli dengan kadar yang segera.
  • Menyediakan peluang kepada ahli kariah untuk sama‑sama menyumbang sebagai amalan kebajikan.
  • Mengurus dan mengumpul wang tabung dengan berkesan dan mengeluarkan wang tabung kepada pihak berkenaan dengan kadar segera

3. UNDANG-UNDANG KECIL SKKMTJ
3.1 Kelayakan Menjadi Ahli
Dibuka kepada semua penduduk Islam dalam kariah Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi yang berumur 18 tahun ke atas, dan telah menetap di kawasan ini sekurang-kurangnya TIGA (3) bulan dari tarikh permohonan menjadi ahli. (Luar kariah dialu-alukan). 

3.2 
Tempoh Minima Mendapat Manfaat 
Tempoh minima untuk mendapat manfaat atau kemudahan ialah setelah menjadi ahli sekurang-
kurangnya sebulan dari tarikh borang pendaftaran.

3.3 Tanggungan Ahli
 
Ahli keluarga terdekat iaitu suami atau isteri atau anak-anak yang belum berumah tangga atau berdikari dan juga kedua ibubapa yang tinggal serumah dengan ahli (dan/atau menjadi ahli kariah) dan telah didaftarkan di dalam borang pendaftaran. Ibubapa yang tidak tinggal bersama-sama dengan ahli tidak layak mendapat manfaat.

3.4 Sumbangan tahunan
Sumbangan tahunan untuk seorang ahli adalah sebanyak RM 50.00 (Ringgit: Lima Puluh Sahaja) bagi setahun. Yuran pendaftaran kali pertama ialah sebanyak RM 60.00 (Ringgit: Enam puluh sahaja)

3.5 Lucut keahlian
Ahli yang tidak membayar sumbangan tahunan (bayaran ansuran) melebihi satu tahun tanpa sebab yang munasabah, dikira terlucut dari menjadi ahli dan yuran yang telah dibuat tidak
akan dikembalikan.

3.6 
Kemusykilan
Jika terdapat sebarang kemusykilan dari segi tuntutan dan sebagainya perlu dikemukakan kepada AJK secara bertulis. Keputusan AJK adalah muktamad.

4. MANFAAT KEPADA AHLI ATAU WARIS BILA BERLAKU KEMATIAN
  • Kematian Ahli SKKMTJ Yang Mendaftar = RM1,000.00
  • Kematian Isteri/Suami Ahli =  RM1,000.00
  • Kematian Anak Ahli (yang belum berumah tangga dan dalam tanggungan) =  RM500.00
  • Kematian Ibu/Bapa dan/atau Mertua Ahli (yang duduk serumah & dalam tanggungan) =  RM500.00
Sila daftar atau kemaskini maklumat keahlian dengan melunaskan sumbangan tahunan dengan kadar segera setiap tahun melalui sistem e-khairat serta hebahkan maklumat ini kepada sahabat handai dan jiran tetangga.
Semoga Allah s.w.t menerima sedikit usaha kita ini sebagai amal soleh disisiNya. In sha Allah.

5. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
  • Biro khairat kematian MTJ : 018-962 5997 (Encik Hanif Khan bin Meer Khan)
  • Wakil Kg Teras Jernang : 018-962 5997 (Encik Hanif Khan bin Meer Khan)
  • Wakil Surau Ar‑Raudhah : 012‑3876395 (Tn. Hj. Ahmad Zainal b. Abdul Rani)
  • Wakil Surau Ibnu Sina : 012‑2537532 (Tn. Hj. Azam b. Ahmad)
  • Nabil Wakil Surau Kuarters Kerajaan Negeri : 011‑10019118 (En. Muhammad Nabil b. Salehat)
  • Wakil Seksyen 14 : 012‑3967097 (Tn. Hj. Md Adnan b. Suratman)
SEKIAN, TERIMA KASIH