SYARAT & POLISI

SYARAT DAN PERATURAN PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN DESA ALAM U12 SHAH ALAM (PEKDA)


SYARAT KEAHLIAN:

  • AHLI mestilah tinggal dan menetap di KARIAH SEKSYEN U12 SHAH ALAM. (tertakluk kepada SUAMI, ISTERI DAN ANAK-ANAK yang belum BERKAHWIN sahaja)
  • AHLI YANG AKTIF juga boleh mendaftarkan keahlian kepada IBUBAPA atau IBUBAPA MENTUA atau ANAK YANG TELAH BERKAHWIN samada TINGGAL BERSAMA atau TINGGAL BERASINGAN tetapi secara BERASINGAN.

KATEGORI KEAHLIAN:

  1. KETUA KELUARGA (suami) / Pasangan / Anak (tinggal bersama atau berasingan dan belum berkahwin) : Ketua Keluarga sebagai AHLI PEKDA (KECUALI ketua keluarga bukan warganegara, pasangan (isteri) akan didaftarkan sebagai AHLI)
  2. ANAK yang bekerja & belum berkahwin (tinggal bersama atau tinggal berasingan) : Boleh didaftarkan secara berasingan (manfaat ahli) atau dimasukkan dibawah tanggungan (manfaat tanggungan).
  3. ANAK yang telah berkahwin (tinggal bersama atau berasingan) : Daftar ahli secara BERASINGAN.
  4. ADIK / ABANG / KAKAK / SAUDARA yang bekerja atau tidak bekerja (tinggal bersama) : Daftar ahli secara BERASINGAN.
  5. IBUBAPA / IBUBAPA MENTUA (tinggal bersama atau berasingan) : Daftar ahli secara berasingan.
  6. AHLI AKTIF (membayar yuran tahun sebelumnya) : Diberikan tempoh bertenang (1 Januari hingga 1 Mac). Jika AHLI atau TANGGUNGAN meninggal dunia dalam tempoh bertenang tersebut dan BELUM MENJELASKAN yuran tahunan, Ahli dan Tanggungan masih mendapat MANFAAT.
  7. Jika AHLI AKTIF BELUM MENJELASKAN yuran tahunan selepas tempoh bertenang (selepas 1 Mac), MANFAAT hanya AKTIF selepas bayaran yuran tahunan DIJELASKAN.
  8. AHLI YANG TIDAK AKTIF (tidak membayar yuran tahun sebelumnya) : TIADA WAKTU BERTENANG (1 Januari - 1 Mac) dan MANFAAT hanya AKTIF selepas bayaran yuran tahunan DIJELASKAN. 

BANTUAN KEWANGAN (MANFAAT KEMATIAN)

  1. AHLI DAN PASANGAN : RM4,000.00
  2. ANAK / TANGGUNGAN : RM1,500.00

Sila rujuk PERLEMBAGAAN PEKDA terkini.

Sekian, terima kasih.
-----------------------------------------
USTAZ MOHD JUFAIRI BIN HJ. MD NOR
Pengerusi PEKDA 2026-2027