pkkad@e-khairat.com 01113307579

Soalan Lazim

Klik pada pautan Semakan atau Status Bayaran - masukkan nombor MyKad anda atau tanggungan.
Perincian status bayaran yuran keahlian akan dipaparkan sekiranya rekod carian wujud.

Ya. Senarai bayaran 'Belum Selesai' akan dipaparkan selepas carian ahli dilakukan.
Klik 'Bayar Sekarang' untuk membuat bayaran secara perbankan atas talian atau QR Pay.
Status bayaran akan dikemaskini serta merta selepas transaksi bayaran berjaya.

1. Sila LOGIN dengan nombor MyKad tanpa " - - " dan pilih menu Profil Ahli.
2. SIla perbetulkan Emel, Telefon, Pekerjaan, Majikan dan Alamat
3. Tambah di Senarai Tanggungan atau Edit [Butang Biru kanan sekali]
4. Muatnaik Dokumen Surat Kebenaran Pengebumian, Sijil Kematian serta Wasiat.

Anda boleh klik pautan pendaftaran ahli untuk mendaftar sebagai Ahli PKKAD yang baru. 
Syarat Pemohon Baru adalah:
1. Muslim;
2. Berumur 18 tahun;
3. Kariah Alam Damai; dan
4. Permohonan berserta bayaran Yuran Pendaftaran,
5. Fi Penyediaan Wasiat serta Yuran Tahunan terkini.
Anda perlu menunggu kelulusan dari pentadbir khairat terlebih dahulu sebelum yuran pendaftaran dan yuran tahunan dijelaskan.

Selain kos pengurusan jenazah dan pengebumian, kos pengurusan pusaka juga perlu disediakan untuk memudahkan waris mengurus pusaka si mati.
Antara perkara yang membantu urusan pusaka adalah penyediaan wasiat dan perancangan pusaka yang baik.
Asas Program Wasiyyah adalah untuk;

  • Bagi semua Ahli PKKAD yang telah berdaftar, 
  • Penyediaan wasiat dan merancang pusaka di aplikasi pewarisan.my/pkkad

Firman Allah SWT:

“Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi tanda kematian, jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik...”

— Surah Al-Baqarah 2:180

Allah SWT telah mewajibkan persediaan wasiat sebagai tanda tanggungjawab seseorang yang ada harta atau amanah/pusaka.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak patut bagi seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, bermalam dua malam melainkan wasiatnya telah tertulis di sisinya.”

— Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim

Rasulullah SAW sendiri menekankan supaya seorang Muslim tidak menangguhkan penyediaan wasiat.

Maknanya, wasiat itu penting sebagai persediaan sebelum mati — bukan untuk melawan Faraid, tetapi untuk memastikan urusan kita nanti jelas dan tidak menyusahkan waris.

Dengan erti kata lain, “Sediakan wasiat bukan sebab nak hampir mati, tapi sebab Rasulullah SAW ajar kita hidup dalam keadaan bersedia untuk mati dan bertanggungjawab.”

Wasiat
  • Melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan hutang dan harta dapat diuruskan segera.
  • Membuat pemberian terhad 1/3 harta, kepada bukan waris, termasuk pemberian Infaq dan Waqaf.
  • Melantik Penjaga harta anak di bawah umur/OKU atau Pemegang amanah.

Developed by Amri Creative
[EK2026-0131]