SYARAT & POLISI LAJNAH KHAIRAT KEMATIAN
Surau At-Taqwa, Fasa 1M, Bandar Tasik Kesuma1. TujuanLajnah Khairat Kematian ini ditubuhkan bagi membantu ahli dan keluarga yang ditimpa musibah kematian dengan bantuan kewangan dan sokongan moral.
2. Keahlian2.1. Terbuka kepada semua yang beragama Islam. Penyertaan boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa ada kekangan tempoh had masa dan hendaklah di buat secara “in good faith” iaitu secara jujur tanpa ada niat menyeleweng atau mengambil kesempatan ke atas penyertaan yang boleh dibuat bila-bila masa.
2.2. Setiap ahli wajib mengisi borang keahlian dan membayar yuran pendaftaran yang ditetapkan.
2.3. Keahlian adalah sah selepas pembayaran yuran tahunan dibuat.
- Penama Ahli Khairat Kematian yang layak untuk disenaraikan dalam borang penyertaan adalah seperti berikut;
- Pemohon – secara automatik sebagai penama.
- Pasangan Pemohon – suami atau isteri atau isteri-isteri pemohon yang tinggal bersama dalam satu rumah.
- Anak-anak belum berkahwin termasuk anak tiri dan anak angkat yang sah yang tinggal bersama dalam satu rumah.
- Ibubapa / Mertua yang tinggal bersama dalam satu rumah.
- Datuk / Nenek / Mertua yang tinggal bersama dalam satu rumah.
- Selain dari di atas adalah tidak layak sebagai Penama Ahli Khairat Kematian seperti yang disenaraikan di bawah;
- Adik-beradik pemohon atau pasangan pemohon walaupun tinggal bersama dalam satu rumah.
- Anak-anak yang telah berkahwin walaupun tinggal bersama dalam satu rumah.
- Anak-anak yang belum berkahwin, tidak tinggal bersama dan berpendapatan sendiri.
- Untuk perkara (6)(1)/(2)/(3) penyertaan hendak di buat secara berasingan.
- Penambahan penama baru boleh di buat bila-bila masa selepas pendaftaran tetapi temaktub kepada Tempoh Bertenang (Cooling Period) selama satu (1) bulan.
3. Yuran Keahlian3.1. Yuran Pendaftaran: RM10.00 (sekali sahaja).
3.2. Yuran Tahunan: RM60.00 (dibayar setiap tahun).
3.3. Yuran tahunan perlu dibayar bermula dari 1hb Januari hingga 31 Mac setiap tahun.
3.4. Sekiranya yuran tahunan tidak dibayar atas sebab musabah, sila maklumkan kepada Bendahari Lajnah.
3.5. Bayaran boleh dibuat secara TUNAI kepada Bendahari Lajnah atau melalui pindahan ke akaun bank yang ditetapkan.
3.6. Resit bayaran perlu disimpan sebagai bukti bayaran.
NOMBOR AKAUN : SURAU AT-TAQWA – LAJNAH KHAIRAT KEMATIAN 11-015310-20 (BANK RAKYAT).
Nota : Selepas bayaran sila hubungi ENCIK MOHAYAN BIN TAPSIR 017-250 2587 untuk pengesahan
4. Bantuan Khairat4.1. Bantuan kewangan akan diberikan kepada waris terdekat ahli yang meninggal dunia.
4.2. Jumlah bantuan maksima diberikan: RM1200 (tertakluk kepada keputusan jawatankuasa).
1. Ahli atau pasangan Ahli - RM1200.00
2. Tanggungan Ahli (anak-anak/anak-anak angkat Ahli yang berdaftar umur 13 tahun ke atas/bujang/bekerja/tidak bekerja dan yang tinggal sebumbung atau tidak) - RM700.00
3. Tanggungan Ahli (anak-anak/anak-anak angkat Ahli yang berdaftar umur 4 hingga 12 tahun yang tinggal sebumbung atau tidak) - RM500.00
4. Tanggungan Ahli (anak-anak/anak-anak angkat Ahli yang berdaftar umur Janin hingga 3 tahun yang tinggal sebumbung atau tidak) - RM300.00
5. Tanggungan Ahli (Ibubapa atau Ibubapa mertua yang didaftarkan dan tinggal sebumbung di Fasa 1M) - RM400.00
4.3. Bantuan akan disalurkan dalam masa 24 jam selepas pengesahan kematian diterima.
4.4. Ahli yang meninggal dunia mesti berada dalam status keahlian aktif (yuran tahunan berbayar).
5. Tanggungjawab Ahli
5.1. Menjaga keahlian dengan membayar yuran tahunan tepat pada masanya.
5.2. Memaklumkan sebarang perubahan alamat atau maklumat peribadi kepada Lajnah.
5.3. Memberikan kerjasama dalam sebarang aktiviti khairat yang dianjurkan.
6. Tanggungjawab Jawatankuasa6.1. Menguruskan pendaftaran dan kutipan yuran secara teratur.
6.2. Memastikan bantuan disalurkan kepada keluarga ahli yang terlibat secepat mungkin.
6.3 Membuat bayaran kepada pihak-pihak berkenaan, waris tidak perlu membuat apa-apa bayaran :
Anggaran Perbelanjaan untuk Jenazah Dewasa (13 tahun ke atas) adalah seperti berikut:
Daftar Perkuburan Islam BTK: RM50.00
Upah gali kubur: RM350.00
Papan lahat: RM80.00
Set peralatan kapan: RM300.00
Van Jenazah: RM100.00
Mandi dan kapan: RM200.00
Saguhati Imam Solat Jenazah: RM50.00
Saguhati Imam membaca talkin: RM50.00