SYARAT-SYARAT PENYERTAAN e-KHAIRAT
1) A.J.K sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan satu badan bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kematian untuk memudahkan khariah penduduk Islam di Saujana Puchong dibawah satu (1) jawatankuasa yang digelar BIRO KHAIRAT KEMATIAN.
2) Keahlian mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia, beragama islam yang bermastautin di Saujana Puchong dan Taman yang berjiran dengannya sahaja.
3) Yuran Pendaftaran menjadi ahli adalah sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja) ini termasuk caruman yang dikenakan pada tahun pendaftaran dibuat. Ahli yang baru mendaftar hanya boleh membuat tuntutan selepas tempoh masa 3 bulan daripada tarikh sah menjadi ahli sahaja.
4) Peruntukkan Khairat Kematian hanya sah pada nama-nama yang didaftarkan sahaja beserta Sijil Kebumian/Kematian (rujuk Perkara 7). Sekiranya anak ahli yang baru dilahirkan dan belum didaftarkan meninggal dunia, ia hanya layak menerima bantuan separuh daripada nilai kelayakkan anak/anak-anak yang telah didaftarkan sebelumnya.
5) Ahli boleh mengemaskini/menambah nama-nama tanggungan yang telah didaftarkan didalam sistem mengikut syarat-syarat tanggungan menggunakan akaun masing-masing.
6) Ahli bertanggungjawab mengemaskini maklumat keahlian di dalam sistem ini jika berlaku pertukaran alamat, nombor telefon dan email serta apa jua maklumat yang berkaitan yang terkandung berkaitan rekod ahli.
7) Setiap ahli bertanggungjawab untuk membayar Kutipan Caruman Khairat Kematian (rujuk Perkara 3) dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mana-mana ahli yang gagal membuat bayaran caruman melebihi daripada dua (2) tahun berturut-turut semasa tempoh kutipan dijalankan sehingga tarikh tutup adalah dianggap tidak lagi berminat menjadi ahli dan secara automatik akan dikeluarkan keahliannya daripada senarai ahli KKSNISP. Manakala ahli lama yang telah digugurkan ingin menyambung semula sebagai ahli perlu memaklumkan pentadbir sistem untuk mengaktifkan semula akaun khairat dan menjelaskan yuran baru termasuk jumlah tunggakkan (sekiranya ada).
8) TANGGUNGAN AHLI : bermaksud terdiri daripada isteri/suami/ibubapa/mertua. Anak/Anak angkat yang didaftarkan melalui JKM sahaja (berumur 25 tahun kebawah belum berkahwin). Manakala bagi anak/anak angkat yang berumur melebihi 25 tahun pula mestilah terdiri daripada yang tidak bekerja, belum berkahwin dan diketegorikan sebagai OKU. Kesemua orang-orang yang dimaksudkan diatas hendaklah TINGGAL bersama- sama ahli tidak kurang daripada enam (6) bulan didalam tanggungan ahli kecuali ibubapa/mertua dan anak yang masih belajar (berada di asrama).
9) FAEDAH KHAIRAT KEMATIAN KEPADA AHLI DAN TANGGUNGANNYA :
i. Ahli & Pasangan = RM 1000.00
ii. Anak-anak = RM 800.00
iii. Ibu/Bapa/Mertua = RM 500.00
11) Jika berlaku kematian atau perlukan penjelasan boleh terus berhubung dengan Pegawai Biro Khairat Kematian, seperti dibawah :-
i. En. Amirullah Bin Omar Sidi (019-276 2841)
ii. En. Zulkhairi Bin Otman (011-6323 2987)
PENTADBIR
MASJID SAUJANA PUCHONG