SYARAT KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN - Peserta yang berdaftar disebut sebagai Ahli
- Adalah penduduk tetap atau pemastautin (termasuk penyewa) di Bandar Serenia
- Ahli mesti berumur 18 tahun dan ke atas
- Yuran pendaftaran (one-off) sebanyak RM50.00 perlu dijelaskan semasa pendaftaran akaun. Tiada kadar pro-rata sekiranya pendaftaran dibuat pada penghujung tahun.
- Kaedah permohonan keahlian adalah secara dalam talian melalui portal e-khairat melalui pautan https://www.e-khairat.com/serenia
- Jawatankuasa Pengurus berhak untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan untuk menjadi Ahli sekiranya syarat-syarat tidak dipatuhi
PENDAFTARAN TANGGUNGAN AHLI - Tanggungan yang didaftarkan oleh Ahli disebut sebagai Tanggungan Ahli
- Tanggungan Ahli hendaklah tinggal bersama dengan Ahli di dalam satu rumah
- Tanggungan ahli adalah terdiri daripada:
1. Suami atau Isteri 2. Anak Kandung / Anak Tiri / Anak Angkat di bawah umur 23 tahun 3. Anak OKU yang tinggal bersama (tiada had umur) 4. Bapa dan ibu (termasuk bapa dan ibu mertua) - Bagi isi rumah yang lain (adik-beradik, saudara, pembantu rumah), pendaftaran berlainan perlu dibuat atas nama isi rumah tersebut
- Pendaftaran tanggungan dibuat oleh Ahli melalui portal khairat kematian https://www.e-khairat.com/serenia
- Setiap Ahli bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat keahlian dan maklumat tanggungan dalam portal e-khairat
MANFAAT AHLI TKKBS - Apabila berlaku kematian di kalangan ahli/ tanggungan:
1. Ahli/ tanggungan melebihi 12 tahun - bantuan sebanyak RM1,100.00* 2. Tanggungan di bawah 12 tahun - bantuan sebanyak RM550.00* * terhad kepada bantuan tahunan (tahun kalender Masihi) sebanyak RM2,200 setahun- Sekiranya jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Dengkil, bantuan akan dibayar terus kepada pihak Biro Khairat Kematian Masjid Jameatus Solehah sebagai kos pengurusan jenazah.
- Sekiranya jenazah diuruskan diluar kawasan, bantuan tunai akan diberikan kepada waris melalui proses tuntutan.
- Prosedur tuntutan:
1. Ahli/ tanggungan/ waris melengkapkan Borang Tuntutan Tabung Khairat Bandar Serenia beserta dokumen sokongan 2. Borang dan dokumen sokongan yang lengkap perlu diserahkan kepada wakil taman masing-masing 3. Tuntutan akan dibayar terus ke dalam akaun penuntut yang dikemukakan- Jawatankuasa Pengurus berhak MENOLAK tuntutan/ manfaat Ahli sekiranya maklumat yang diberikan tidak tepat/ palsu
PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK ISLAM BANDAR SERENIA dikemaskini pada 22 November 2025 |