SYARAT & POLISI

Syarat & Polisi SURAU AL-ISLAH TAMAN DAHLIA


SKIM KHAIRAT KELUARGA - Takrifan keluarga adalah pasangan, ibubapa sendiri/mertua (tinggal bersama lebih dari 6 bulan) dan anak-anak yang tidak berkerja dan tidak berkahwin

PENDAFTARAN BARU KELUARGA / INDIVIDU / PEMBAHARUAN – RM 60.00
Tambahan :- Anak yang berumur lebih 18 tahun dan berkerja – RM 30.00

Sumbangan Khairat Kematian Ini Merangkumi Kos Pengurusan Jenazah Seperti :-
  • Mengambil Jenazah Dari Rumah Ke Masjid
  • Kesempurnan Jenazah (Mandi)
  • Kain Kapan
  • Tanah Perkuburan
  • Solat Jenazah
  • Talqin
  • Yassin Dan Tahlil Malam Pertama Di Surau Al-Islah  (Insya-Allah jamuan akan disediakan)
  • Sumbangan ini juga akan menampung segala aktiviti dan program Surau Al-Islah
TERMA DAN SYARAT KHAIRAT KEMATIAN
1. Khairat Kematian Surau Al-Islah ini bernaung di bawah Masjid Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi.
2. Yuran untuk pembaharuan dan pendaftaran keahlian baru ialah RM60.00 meliputi yuran pendaftaran khairat serta sumbangan tahunan surau.
3.    Pembaharuan keahlian khairat kematian tahunan berakhir pada 31 Mac setiap tahun. Sekiranya pembaharuan tidak dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan, keahlian lama akan terbatal dan permohonan pendaftaran baru perlu dikemukakan.
4. Mulai 1 April setiap tahun, semua permohonan akan diterima sebagai keahlian baru. Keahlian baru akan diaktifkan sebulan dari tarikh borang permohonan diterima. Sekiranya ada kematian dalam tempoh tersebut, kos pengurusan jenazah adalah di atas tanggungjawab waris.
5. Permohonan dianggap tidak lengkap jika maklumat yang diperlukan tidak diisi dengan lengkap.
6. Hanya pemastautin tetap dilindungi, iaitu nama-nama di dalam borang khairat kematian yang dihantar.
7. Tanggungan terhad kepada suami, isteri, anak-anak yang masih belajar, tidak berkerja dan belum berkahwin serta ibu bapa dan mertua yang tinggal bersama melebihi had tempoh 6 bulan.
8. Tanggungan selain dari anak akan berkuatkuasa sebulan selepas didaftarkan.
9. Anak-anak yang berumur melebihi 21 tahun dan berkerja adalah menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk mencarum khairat kematian.
10. Yuran khairat bagi anak-anak yang berkerja dan belum berkahwin, tinggal bersama keluarga caruman hanya RM30/setahun sahaja.
11. Adalah menjadi tanggungjawab ahli untuk mengemaskini maklumat kerana hanya maklumat dalam rekod Khairat Kematian surau sahaja dianggap sebagai maklumat sah.
12. Terma dan syarat adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.
13. Bagi ahli kariah yang berdaftar khairat kematian, kos pengurusan  jenazah lelaki dan wanita sebanyak RM1,000 akan ditanggung dan diuruskan oleh pihak surau sepenuhnya. Manakala yang tidak berdaftar, perlu diuruskan dan dibiayai sendiri oleh pihak waris.
14.Bagi ahli yang berurusan dengan pihak selain dari Masjid Hisamudin, surau akan menampung kos sehingga maksimum RM1,000 sahaja. Sebarang penambahan kos akan ditanggung oleh pihak waris.
15. Sumbangan ini juga untuk menampung segala aktiviti dan program Surau Al-Islah sepanjang tahun.


Sekian, terima kasih
PENTADBIR