SYARAT-SYARAT PENYERTAAN e-KHAIRAT (1) NAMA
Nama Biro ini ialah BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU BANGI PERDANA.
(2) ALAMAT
Alamat dan tempat urusan Biro Khairat Kematian ialah Surau Bangi Perdana, Jalan 3/13, Bangi Perdana, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(3) TUJUAN
Tujuan biro ini ialah memberi bantuan wang kepada ahli/waris bila berlaku kematian.
(4) KEAHLIAN
i. Ahli-ahli khairat kematian ini terbuka kepada penduduk-penduduk Taman Bangi Perdana, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
ii. Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga di bawah tanggungan yang didaftarkan dalam Borang Pendaftaran termasuk; a. Ahli b. Suami/Isteri c. Anak-anak yang berumur tidak lebih 21 tahun d. Ibu bapa/mertua yang tinggal bersama lebih 6 bulan
iii. Mesyuarat jawatankuasa berkuasa meluluskan atau menolak permohonan untuk menjadi ahli.
iv. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran tahunan terus dijelaskan.
v. Jika dia ada perakuan Orang Kurang Upaya (OKU), tiada had umur ditetapkan untuk menjadi ahli dan dibawah tanggungan.
(5) YURAN
i. Setiap ahli baru dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh sahaja).
ii. Yuran Tahunan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) hendaklah dibayar sebelum akhir bulan Mac setiap tahun.
iii. Yuran Pendaftaran dan Yuran Tahunan hanya boleh digunakan untuk memberi bantuan wang kepada ahli atau tanggungan ahli bila berlaku kematian di antara mereka dan untuk tujuan pentadbiran Biro Khairat.
(6) BANTUAN KEMATIAN
Wang bantuan berjumlah RM1,300.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Tiga Ratus Sahaja) akan dikeluarkan apabila berlaku kematian ahli atau tanggungan ahli yang berdaftar. Bantuan ini berfungsi sebagai bantuan kewangan awal untuk meringankan beban kewangan keluarga menguruskan jenazah. Ia adalah jumlah tetap (RM 1,300.00), dan keluarga/waris bertanggungjawab ke atas sebarang kos yang melebihi jumlah tersebut. Sebarang lebihan wang bantuan akan dikembalikan kepada waris.
BIRO KHAIRAT KEMATIAN SURAU BANGI PERDANA
|