INFAQ KHAIRAT


Ditubuhkan pada 19hb Jun 1999 ( 26 tahun lepas ). Mesyuarat pertama telah diadakan di rumah Cikgu Mohd. Fauzi bin Ahmad dan bersetuju menubuhkan BADAN KHAIRAT KEMATIAN KAMPUNG BETONG. Penggerak Awal Badan ini Penasihat: En. Abdul Aziz bin Mohamad Pengerusi: En. Abdul Halim bin Mahmod (Pegawai Pertanian) Penyokong kuat: - Allahyarham Haji Hadzari bin Ghazali - En. Mohd. Faudzi bin Ahmad - Allahyarham En. Yusoff bin Mat Nor. Didaftarkan secara rasmi pada 1hb Mac 2019 ( 6 tahun lepas ) di Pendaftaran Pertubuhan ( R.O.S ) di bawah Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dengan no. pendaftaran PPM-021-03-07032019 dengan nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN KG. BETONG SALOR KELANTAN dan Pengerusi Pertamanya ialah allahyarham Cikgu Arifin bin Wahab ( Cikgu Li ) dari sessi tahun 2019-2022. Bilangan keahlian terkini seramai 703 Ahli dan Tanggungan seramai 4,073 orang. Prinsip Pertubuhan bergerak atas 3 dasar utama iaitu Ta'aruf ( Saling mengenali dan bersilaturrahim sesama Ahli ), Ta'awun ( Saling tolong-menolong apabila ada ahli yang ditimpa musibah kematian ), Tabarru' ( Tabung yang digunakan untuk menyimpan sumbangan sukarela para Ahli. Wang sumbangan yang dikumpul di dalam tabung tabarru' digunakan untuk membantu Ahli lain yang memerlukannya utk belanja kematian seperti yang dipersetujui. Pada waktu yang sama sebahagian kecil dari wang dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah untuk mendapat sedikit keuntungan. Saling berkongsi risiko dan manafaat bersama ). Dengan membayar wang sumbangan secara konsisten dan tepat pada waktunya, tabung tabarru' akan sentiasa stabil dan boleh digunakan bila perlu.

INFAQ SEKARANG