SYARAT & POLISI

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN KG. BETONG SALOR KELANTAN


1. KEAHLIAN


1.1. Keahlian hanya terbuka kepada semua penduduk yang tinggal di dalam kariah Kampung Seberang Pasir Mas - Salor, Kampung Betong, Kampung Dusun Pinang dan Kampung Pak Limah. Juga, terbuka kepada penduduk asal kariah ini dan masih ada talian keluarga dengan kariah di sini.

1.2. Jika suami mendaftar sebagai Ahli Pertama, maka isteri pertama menjadi Ahli Kedua dan seterusnya jika isteri mendaftar sebagai Ahli Pertama, maka suami menjadi Ahli Kedua.

1.3. Umur yang layak mendaftar sebagai Ahli ialah 18 tahun ke atas.


2. YURAN KEAHLIAN

2.1. Yuran pendaftaran ahli sebanyak RM 150.00 (One-Off)

2.2. Yuran Tahunan sebanyak RM 5.00

2.3. Yuran Sumbangan setiap kali kematian RM 3.50


3. MANFAAT AHLI

3.1 Wang Tunai Khairat RM1,500 (Ahli) dan RM1,200 (Tanggungan), yang boleh digunakan untuk menyempurnakan urusan jenazah iaitu

a) Kayu Long
b) Upah gali kubur
b) Peralatan set mandi & kain kafan 
c) Upah mandi 
d) Van jenazah
e) Saguhati imam 
f ) Saguhati pentalqin
g) Saguhati jemaah solat jenazah

4. TINDAKAN SEGERA

4.1 Maklumkan kematian kepada Pengerusi ( 012-9542305 ), Setiausaha ( 011-55044255 ), Bendahari ( 013-9333022 ) Pertubuhan atau Ketua Blok masing-masing.


Sekian, terima kasih

PENTADBIR