SYARAT & POLISI

BIRO KEBAJIKAN  DAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID MAHABBAH (BKKKMM), JALAN CHEROH, 27600 RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR.

1. TUJUAN
Membolehkan umat Islam kariah masjid Mahabbah melakukan kewajipan Fardhu Kifayah dalam pengurusan jenazah. 

2. KUMPULAN SASARAN
Penduduk Islam yang tinggal sekitar kariah masjid Mahabbah dan sekitar bandar Raub amnya.

3. FAEDAH MENJADI AHLI
Ahli atau waris akan menerima bantuan kewangan bagi menampung sebahagian kos pengurusan jenazah mengikut kadar berikut berkuatkuasa 3 Mac 2019 (kadar terkini):
3.1 Kematian Ahli / Pasangan : RM 800.00
3.2 Kematian anak dalam tanggungan (tiada had umur)  : RM 300.00
3.3 Kematian anak angkat yang sah dalam tanggungan  (tiada had umur) : RM 300.00
3.4 Kematian ibubapa / mertua yang BUKAN AHLI  BKKKMM   : RM 300.00
3.5 Kematian Tetamu yang BUKAN AHLI BKKKMM  : RM 200.00
3.6 Hanya SATU kategori tuntutan (Perkara 3.1 hingga perkara 3.5) sahaja yang dibenarkan untuk setiap kematian.   

4. SUMBANGAN
4.1 Pendaftaran : RM 10.00
4.2 Sumbangan Khairat : RM 60.00 setahun
(Pembayaran adalah secara  tahunan)

5. CARA MENJADI AHLI
5.1 Had umur untuk menjadi ahli adalah tidak melebihi 70 tahun.
5.2 Mengisi pendaftaran ahli secara online
5.3 Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 7 hari dari kelulusan menjadi ahli.

6. DENGAN MENJADI AHLI, ANDA
6.1 Melaksanakan fardhu kifayah dalam pengurusan jenazah
6.2 Melaksanakan satu kebajikan
6.3 Melaksanakan amal jariah
6.4 Mengelakkan ahli keluarga daripada berhutang untuk menguruskan jenazah
6.5 Mempermudahkan dalam urusan kematian

7. TARIKH PENGUATKUASAAN KEAHLIAN
Berkuatkuasa serta merta setelah permohonan diluluskan dan ahli atau waris layak menerima mengikut kadar seperti perkara 3 di atas.

8. JANGKAMASA MENERIMA TUNTUTAN
Bayaran akan dibuat dalam tempoh 24 jam kepada ahli atau waris yang layak menerima sekiranya berlaku kematian. 

9. PROSEDUR PERMOHONAN TUNTUTAN
9.1 Memaklumkan kematian ahli/waris*(seperti perkara 3) kepada AJK
9.2 Mengisi satu salinan borang permohonan yang boleh didapati di masjid Mahabbah
9.3 Menyertakan Salinan Surat Kebenaran Pengebumian 

10. SENARAI AJK YANG MENGURUSKAN KUTIPAN YURAN DAN BORANG TUNTUTAN SECARA ONLINE.
10.1 En. Zulhilmi bin Zainuddin (013-2089236) - Timb. Pengerusi Masjid Mahabbah
10.2 Hj. Abdul Rahman bin Sani (019-9494140) - Setiausaha Masjid Mahabbah




Sekian, terima kasih
PENTADBIR